Followers

Wednesday, 30 November 2011

kelebihan orang malas



Kelebihan Orang Malas 

1. Mempunyai fikiran yg tenang kerana x serabut dengan pelajaran. 
Assignment pun tak payah nak buat.
Masa test dengan final exam pun tak payah nak penat-penat study. 
Kerjanya rilek je...


2. Orang yang malas ni sebenarnye membuka peluang kepada 
orang yang rajin untuk membuat kebaikan. 
Kalau takda orang malas, orang rajin nak bantu siapa? 
Tanpa orang malas, siapalah orang rajin




Salah satu pembelajaran yg berkesan ialah kite belajar dari kesilapan kita. 
Macam mana nak belajar dari kesilapan? 
Kite kena lah buat kesilapan terlebih dahulu dengan mengurangkan study kita, pergi final exam dengan penuh kekurangan. 
Dengan ini, kite bannyyaakkk sgt dpt belajar dari kesilapan. 
Final exam dah dekat, sama2 lah kita mencubanya!!!

Credit to Helmi Firdaus 
 
 
 HaHaHa...
Sekadar muhasabah diri sempena final exam dah nak dekat ni....
Peace!! ^_^
 
syukran jazeelan...salam :)

apa jenis kentut anda??



PILIH JENIS KENTUT ANDA


1. Tidak jujur - orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.
Bengong - orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.
Berwawasan 2020 - orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut. 

4. Sengsara - orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Misterius - orang yang kalau kentut, orang lain tahu.

6. Gugup - orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.

7. Percaya diri sendiri - orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Sadis - orang yang kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9. Pemalu - orang yang kentut tidak berbunyi tetapi gusar orang lain terbau kentutnya.

10. Startegik - orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Bodoh - orang yang kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12. Pelik - orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13. Sombong - orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Ramah - orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.  

15. Tidak suka bergaul - orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman².

16. Akuatik - orang yang gemar kentut didalam air.

17. Atletik - orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18. Jujur - orang yang mengaku kalau abis kentut.

19. Pintar - orang yang menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.

20. Kelakar - orang yang bila ketawa sambil terkentut.

21. Romantik - orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Tidak sihat - orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Panas baran - orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.  




 

jika mereka sibuk mencari C.I.N.T.A



 
 
Jika mereka sibuk mencari KECINTAAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEIMANAN . .

Jika mereka sibuk mencari PASANGAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN . .

Jika mereka menangis kerana kecewa  BERCINTA . .
Biar kita menangis kerana mengingati dosa-dosa . .

 Jika mereka cintakan kemanusiaan . .
biar kita cintakan TUHAN . .

kuih bermacam ragam


Assalamualaikum w.b.t.


Entri kali ini Tulip nak cerita sedikit pasal 
KUIH MUIH yang ada kat Malaysia ni.
Masa Tulip tengah syok surf internet,
ternampak la satu artikel berkaitan kuih. 
Rupa-rupanya macam-macam ragam 
kuih kat Malaysia ni yer..
 
 
sedapnya kuih
 
 
 
Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih yg suka api = Kuih Bakar
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tentera = Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
 
haha..lawak giler...

Ampunkan aku



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Ampunkan aku...
Semakin hari semakin tersasar jauh dari-MU...
Aku lupa akan tanggungjawab ku kepada-MU...
Leka dengan amanah yang diberikan kepada ku oleh-MU...

Aku hanya manusia biasa...
Memerlukan cahaya dari-MU...
Agar yang gelap menjadi terang...
Kelam menjadi cerah...
Yang gusar menjadi tenang...

Bantulah aku Ya Allah...
Sebelum ku di kafan kan... 
Keluarkanlah aku dari panahan hasutan syaitan...
Berikanlah aku kekuatan untuk aku terus beribadat kepada-MU 
Ya Allah... 

Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan Ibu Bapa ku Ya Allah...
Saudara se Islam ku Ya Allah...
Sama ada yang hidup atau yang telah pergi menemui-MU terlebih dahulu...

Amin...

Tanda-tanda 100 hari sebelum mati


 
 
“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”


“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“TANDA 40 HARI”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

“TANDA 3 HARI”

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“TANDA 1 HARI”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“TANDA AKHIR”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”


 
syukran jazeelan...salam :)
 

jadikan blog,facebook sebagai medan dakwah


Assalamualaikum w.b.t.

" OMG..!! Dia add aku la.. I secret admire dia dah lama da "

" Thanks sayang sebab temankan I tadi.. I enjoy sangat "

" Wahh..!! Ramainya stalker aku.. Best2 !! "

Begitulah ayat-ayat yang kebiasaannya
muncul di dada-dada laman sosial seperti FB, BLOG dan lain-lain lagi.
Tak salah untuk POST sesuatu seperti itu.
Tulip pun kadang2 mcm tu gak..
Tapi apa salahnya jika sekali sekala kita POST sesuatu yang bermanfaat
yang membolehkan kita mengingatkan diri kita dan rakan-rakan lain
tentang ISLAM dan ALLAH TAALA.
Ianya lagi bermanfaat dari POST sesuatu yang NONSENSE.

Follower atau rakan kita dalam sesebuah akaun laman sosial 
kebanyakkannya boleh dikatakan agak ramai.
Apa salahnya jika kita menggunakan PLATFORM ini
sebagai jalan untuk ber-DAKWAH .
Ianya lagi nampak bermanfaat dan tidak
mensia-siakan waktu begitu sahaja
tanpa membuat sesuatu yang bukan dari bidang kuasa ISLAM.





Sama-samalah kita fikirkan.
Tulip hanya nak berkongsi apa yang terlintas dalam 
fikiran Tulip ni jer.
Sebab,Tulip lihat pengguna laman sosial pada masa kini
sangat jauh tersasar.. HANYUT dalam gelombang IT.

Oleh itu, cukup hanya sekadar POST seperti ini 
" Jom solat "
ianya sudah memadai untuk kita memperingati diri kita dan rakan kita
 tentang agama ALLAH .





syukran jazeelan...salam :)

Khusyuk dalam solat

                                                  

                                                        KHUSYUK DALAM SOLAT


Mendapat khusyuk di dalam solat 
adalah harapan semua umat ISLAM 
di muka bumi ALLAH.
Tetapi untuk mendapatkan khusyuk yang cemerlang 
amatlah susah dan memerlukan
semangat dan fokus yang tinggi
dalam melakukan sesuatu ibadah
kepada ALLAH S.W.T. .
Saya sendiri masih sukar 
untuk mengekalkan fokus(khusyuk) di dalam
                                                    solat saya sendiri.







Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-




yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].




Antara tips-tips untuk mendapatkan khusyuk solat :




  • Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
  • Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
  • Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
     
  • Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
     
  • Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
     
  • Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.  
  • Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
     
  • Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
     
  • Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
     
  • Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
  • Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
     
  • Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
  • Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
  • Memahami makna bacaan dalam solat. 



                                                                                    sumber : halaqah.net

syukran jazeelan...salam :) 

Baiknya Tuhan kita



Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur pada Allah S.W.T
kerana Tulip dapat lagi membuat lagi satu entri RINGKAS
untuk santapan korang semua...

Pernah tak kita tahu yang ALLAH sayang kepada kita???
Sememangnya Allah Taala sangat baik kepada kita.
Terlalu banyak yang telah DIA berikan kepada kita semua...
Makan..Minum..Udara..dan banyak lagi..
Semuanya anugerah dari ALLAH kepada hamba-NYA.

Tetapi, sejauh manakah kita ingat 
kepada ALLAH TAALA...
Adakah hanya ketika solat???
Ataupun hanya ketika anda sedang menduduki peperiksaan???
Atau ketika mengalami kesusahan???

Wahai sahabat seagamaku sekalian.
Tulip pun seringkali lalai dalam arus gelombang dunia.
Platform blogger ni la salah satu tempat 
Tulip memuhasabahkan diri Tulip
disamping kita saling ingat mengingati 
tentang kekuasaan ALLAH
serta mengingatkan agar tidak
melakukan perkara yang dilarang sama sekali.

Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan diri kita
hamba ALLAH yang terbaik dan soleh/solehah..

INSYAALLAH..

berdoalah dengan cara yang betul



Solat TANPA doa ibarat makan nasi tanpa lauk.  
Oleh itu, doa sememangnya tidak boleh dipandang enteng.
Doa merupakan salah satu cara kita merapatkan diri dengan ALLAH.
Tidak hairanlah jika DOA dikatakan sebagai senjata orang mukmin.

Tetapi benarkah cara kita semasa berDOA ???
Atau melakukannya sekadar buat syarat sahaja ???
Sedarlah bahawa kita sedang berhadapan dengan MAHA PENCIPTA.
Maka segala adab perlu dijaga ketika berdoa.

ADAB-ADAB KETIKA BERDOA

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang diturunkan oleh ustaz Abdullah.

 1. Angkat tangan paras dada
 

 

                                                    2. Rapatkan kedua-dua belah tangan





Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.
Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar. 
 
 
 

Berdoa merupakan salah satu 'saluran' manusia 
untuk berhubung dengan ALLAH selain daripada solat.
Oleh itu,bersungguh-sungguhlah kita dalam doa
selain menjaga adab ketika melakukannya.
InsyaALLAH.

Info : Berita Harian 

mainan sewaktu masih hingusan..


Assalamualaikum u olls...

Hari ni entri Tulip agak menarik sikit..(menarik la sangat)haha..
Tadi..Masa Tulip lepas balik kelas..Tulip tengah termenung-menung,
tiba-tiba je terkenangkan zaman masa kecik-kecik dulu..hehe
Part termenung Tulip yang paling lama sekali
kat benda-benda yang Tulip main waktu kecik-kecik dulu...
Agak mencabar la mainan yang Tulip main dulu tu.
BETUL!!! SANGAT MENCABAR!!!....^_^

1. Ding Dang , Tora (datang lagi) dan JoJo
DING DANG
TORA
JOJO
Dulu Tulip pangil benda ni MAINAN KOTAK..
Haha..agak pelik la bunyi dia..
Dalam kotak ni akan dapat mainan+biskut...
Tapi biskut dia Tulip buang...x pun bagi kat jiran sebelah..keh3...
biskut dia x best..
Tulip ambik mainan je..huhu..^_^


2. Tepuk Kad
Game ni budak laki jer main..tapi Tulip belasah jer..huhu



Game ni paling menyakitkan hati dan tangan.
Memerlukan ketahanan fizikal dan mental taw.
Tak nak ulas panjang2 pasal game ni..
Sebab asyik kalah ja..haha... ^_^


3. Belon Straw

Tulip pernah termuntah masa nk tiup belon ni dulu.
Sebab bau dia agak pelik..busuk wei..haha
Yang best pasal belon ni kalau korang semua nak tahu,
sebelum nk tiup tu,kite kena jilat kat gam dia tu dlu..
Orang kata nk bgi belon dia cantik n x pecah.
Lepas pecah boleh letupkan kat dahi..haha
POP..!!! ^_^


4. Lawan Pemadam

Game ni Tulip start main masa darjah 2...
Sampai sekarang still main lagi dengan anak jiran...
dah tua bangka pun nak main lagi..haha
Duit belanja sekolah habis sebab beli pemadam n benda yang x berfaedah..huhu..
Pastu kena marah dengan my mom...^_^
hah!!korang main game pe plak time kecik-kecik dulu??
share la ngan Tulip yer..^_^
syukran jazeelan...salam :)

malaikat maut menziarahi kita setiap hari

 
 
 
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, 
bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

 "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok2 bergelak ketawa".

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT...
RENUNGKANLAH SAUDARA SAUDARI......

100 Hari Sebelum Meninggal Dunia
" ASTAGHFIRULLAH... 
CUKUPKAH AMALANKU YA ALLAH ??? "
 
syukran jazeelan..salam :)

Tuesday, 29 November 2011

6 PERKARA YANG DIPANDANG ASING DI 6 TEMPAT




6 PERKARA YANG DIPANDANG ASING DI 6 TEMPAT IAITU:

a-Masjid adalah asing di kalangan orang2 yg tidak sembahyang di dalamnya.

b-Al-Quran adalah asing di rumah orang2 yg tidak mahu membacanya.

c-Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang2 yg fasik(iaitu orang2 yg tidak mahu mengamalkan isinya).

d-seorang muslimah yg soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim,yg buruk perangainya.

e-lelaki muslim yg soleh adalah asing di samping perempuan yang hina,yg buruk akhlaknya.

f-dan orang yg alim adalah asing dikalangan kaum yg tidak mahu mendengar nasihatnya."..

.fikir-fikirkanlah

syukran jazeelan...salam :)

bekerja itu ibadah,berprestasi itu indah




*Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

*Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

*Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

*Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

*Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

*Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

*Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

*Jika kau bakal menjadi seorang GURU/USTAZ kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….

●●●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱●●⊱ Semoga Bermanfaat ⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●⊰●●●●



syukran jazeelan...salam :)

Monday, 28 November 2011

KEHIDUPAN : IBARAT SEMUT, LABAH-LABAH DAN LEBAH


 semut


labah-labah


lebah

KEHIDUPAN : IBARAT SEMUT, LABAH-LABAH DAN LEBAH
Tiga binatang kecil ini menjadi nama dari tiga surah di dalam Al-Qur'an. An-Naml [semut], Al 'Ankabuut [labah-labah] dan An Nahl [lebah].

➊- SEMUT, menghimpun makanan sedikit demi sedikit tanpa berhenti. Dikatakan binatang ini dapat menghimpun makanan untuk bertahun-tahun. Padahal usianya tidak lebih dari setahun. Ketamakannya sedemikian besar sehingga ia berusaha - dan seringkali berhasil memikul sesuatu yang lebih besar dari tubuhnya.

➋-Al-Qur'an juga menghuraikan tentang LABAH-LABAH. Sarangnya adalah tempat yang paling rapuh [ Al 'Ankabuut; 29:41], Ia bukan tempat yang aman, apapun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan si jantannya disergap untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga dapat saling memusnahkan. Inilah gambaran yang mengerikan dari kehidupan sejenis binatang.

➌-Akan halnya LEBAH, memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an - "atas perintah Tuhan ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal" [ An-Nahl; 16:68] . Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisien dalam penggunaan ruang. Yang dimakannya adalah serbuk sari bunga.

LEBAH tidak menompok makanan. LEBAH menghasilkan lilin dan madu yang sangat manfaat bagi kita. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja, segala yang tidak berguna disingkirkan dari sarangnya. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun dapat menjadi ubat.


SIKAP KITA dapat diibaratkan dengan 3 jenis binatang ini.

Ada yang berbudaya 'SEMUT'. Sering menghimpun dan menompok harta, menompok ilmu yang tidak dimanfaatkan. Pemborosan dan berpoya-poya adalah implementasinya.

Entah berapa banyak pula jenis 'LABAH-LABAH' yang ada di sekeliling kita. Yang hanya berfikir: "Siapa yang dapat dijadikan mangsa"

Rasulullah s.a.w mengibaratkan seorang mukmin sebagai 'LEBAH'. Sesuatu yang tidak merosakkan dan tidak menyakitkan :" Tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya"

Semoga kita menjadi ibarat LEBAH...

Insya Allah!


syukran jazeelan....salam :)

Sunday, 27 November 2011

6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT









 6 Perkara mengundang Kemurkaan Allah SWT
Allah SWT telah menyebut dalam kitab-kitabnya :

1-Sesiapa berpagi-pagi bersusah memikirkan dunia, maka dia berpagi-pagi lagi telah mendapat kemurkaan Allah SWT.

2- Sesiapa mengeluh kerana ditimpa musibah, maka dia mengeluh diatas tindakan Allah SWT.

3- Sesiapa tidak menghirau daripada mana datangnya rezeki, maka Allah SWT tidak menghirau dia daripada pintu mana dia memasuki neraka.

4- Sesiapa melakukan dosa sambil tertawa, dia akan memasuki neraka sambil menangis.

5- Sesiapa sibuk memuaskan syahwat semata-mata, maka Allah SWT akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada Akhirat.

6- Sesiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka Allah SWT akan mencampak dimatanya sentiasa terbayang kepada kemiskinan.

Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S :370