Assalamualaikum u olls....
Tadi Tulip da terbaca harian metro (22 Nov 2011)...pas tu Tulip tertarik lak nk baca tajuk nie..gadis tercekik siput sedut..kejadian ni berlaku kat Melaka...ciannya..jom baca cerita dia mcam mana boleh tercekik siput sedut tu...
ha..nilah rupa siput sedut tu...
ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.
Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.
Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata,
dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili
api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.
“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil
menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu
menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.
“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia
menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan
menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap
bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam
8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa
berjaya diselamatkan ibunya.
“Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di
bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu
masih berada di bahagian yang selamat,” katanya di sini, semalam.
Sumber ni dipetik dari Harian Metro 22 november 2011.
No comments:
Post a Comment