Assalamualaikum u olls...
Tulip da dinner tadi...korang da dinner blum??dah..bagus2..korang makan pe dinner tadi...makan nasi ngan budu?wah..sedapnya..ok,entry Tulip kali nak menceritakan tentang budu..hmm..sedapnya..ok,jom layan tentang kisah budu ni..
Budu cap ketereh..budu yg paling popular di kelate
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan
ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia
dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu
diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya
dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai
dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja
atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan
air perahan limau nipis.
Budu yang berasal dari negeri sebelah
pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para
ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New
Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu
memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic
dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi
pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini
bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan
kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati
berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang
proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti
aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan
selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu
turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea),
penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu
memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan
oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang
diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah
kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat
pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu
menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita
penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia
juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana
ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.[1] Pemakanan
budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan
stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut
bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada
budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut
lemak (vitamin A, D, E dan K).
ha..ni lah rupa budu yg dicampur dgan cili n asam limau..best kan..
Budu merupakan sumber vitamin B
yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1
(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin,
vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu
merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria
klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12
ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan
daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah
merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit
anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar
vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per
100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh
lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya
vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa
khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
wah..sedapnya budu
Selain
pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro
dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan
magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram
budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti
halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan
antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi
pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul
yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga
menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser,
penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan
seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.
Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas
tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3
jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan
genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga
antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai
sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan
lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina,
Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses
penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK)
merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat
penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang
disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia,
pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah
peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi,
obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai
sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan
protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu
ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150
gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap
luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti
tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang
baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga
10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat
yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat
di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah
untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari
apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan
sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair
pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
syukran jazeelan...salam :)
No comments:
Post a Comment