Followers

Monday 21 November 2011

Solat Tahajjud

Assalamualaikum u olls...

Sedikit pengkongsian yang saya ambil daripada laman rakan facebook saya  (setelah meminta keizinan). Semoga ianya bermanafaat untuk semua. InsyaAllah...

                                                                   Solat Tahajjud


Tata Tertib Sebelum Mengerjakan Solat Tahajjud
Yang dimaksudkan disini ialah adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah :
1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang tahajjud.
2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa.
3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran.
4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud
1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:
Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:
“Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : ” Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit.”
2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala
Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)
4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain, cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut:
Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.
Ertunya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”
5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipendekkan sahaja.
6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:
Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.
Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD
1.Diberikan keistimewaan oleh Allah
Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan oleh Allah swt. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh allah swt dalam firmanNya seperti yang telah termaktub didalam al-quran ertinya:
“Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sam orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orng-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
Az-Zumar:009
2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit
Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan dapat menghindari penyakit dari tubuh badan kita
Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebus segala keburukkan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.”

Kaifiyah solat tahajjud Rasulullah saw
Sebelum melaksanakan solat tahajud, Rasulullah SAW biasa memulainya dengan mengerjakan solat 2 rokaat yang ringan. Yang disebut dengan solat Iftitah. Solat Iftitah ( pendahuluan ) dikerjakan sebanyak 2 rokaat, dengan hanya membaca surat Al fatihah tanpa surat setelahnya, baik pada rokaat pertama mahupun pada rokaat kedua. Adapun bacaan do’a iftitahnya adalah :
Subhaana dzil malakuuti wal jabaruuti wal kibriyaai wal ‘adhomah
ertinya : Maha Suci Allah yang memilki kerajaan, kekuasaan, kebesaran dan keagungan.
Solat Iftitah ini boleh dikerjakan dengan berjamaah, boleh pula dengan sendirian. Demikian juga solat tahajud. Apabila dikerjakan dengan berjamaah, maka imam membaca surat Al fatihahnya dengan jahr ( nyaring ). Apabila sendirian, al fatihahnya boleh dibaca dengan jelas, boleh pula dengan sir ( sunyi ).
Setelah itu, dilanjutkan dengan solat tahajjud
Solat tahajjud 13 rokaat, caranya 10 rokaat salam lalu 3 rokaat salam
Sholat tahajjud 11 rokaat, caranya :
1. 4 rokaat + 4 rokaat + 3 rokaat
2. 2 rokaat + 2 rokaat + 2 rokaat + 2 rokaat + 2 rokaat + 1 rokaat
3. 8 rokaat + 2 rokaat + 1 rokaat
4. 8 rokaat + 3 rokaat
5. 9 rokaat dengan duduk tahiyat pada rokaat ke 8 dan ke 9 lalu salam + 2 rokaat
Solat tahajjud kurang dari 11 rokaat, caranya :
1. 7 rokaat : 4 rokaat + 3 rokaat
2. 7 rokaat dengan duduk tasyahud pada rokaat ke 6 dan ke 7 lalu salam
3. 9 rokaat : 6 rokaat + 3 rokaat
4. 9 rokaat dengan duduk tasyahud pada rokaat ke 8 dan ke 9 lalu salam
Demikian pula dalam solat tarawih atau qiyaamu ramadhan.
Solat ini bukan sahaja amal soleh yang menjadikan manusia terpuji di sisi Allah swt, tetapi juga mempunyai rahsia sebagai salah satu terapi dalam dunia perubatan.
Menurut kajian, solat tahajjud dapat menghindari seseorang daripada serangan kanser. Syaratnya ia dilakukan secara rutin, sempurna, khusyuk dan ikhlas.Tentu ada yang bertanya, apakah hubungan solat tahajjud dengan kesihatan.Sebenarnya, jika seseorang mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk, pelaksanaannya tepat dan dilakukan secara berterusan, maka akan wujud perubahan dalam diri mereka.Di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem yang dikenali dengan imun.
Imun ini berfungsi melindungi diri dari pelbagai patogen (parasit yang boleh mendatangkan penyakit) dan toksin (racun). Udara yang dihirup oleh manusia yang kelihatannya bersih sebenarnya mengandungi banyak virus.Seandainya Allah swt tidak mencipta sistem yang dikenali sebagai imun dalam tubuh manusia, manusia sudah meninggal sejak kecil lagi.
Maksudnya, dalam keadaan jiwa yang tidak tenteram seperti menghadapi anak yang nakal, isteri yang curang atau kerja pejabat yang bertimbun, ekonomi yang gawat menyebabkan seseorang mudah stress atau tertekan. Dalam keadaan seperti itu, jika gambar otak diambil, tekstur akan nampak kacau.
Namun sekiranya mengamalkan solat tahajjud dengan khusyuk dan ikhlas, hormon-hormon yang ada dalam tubuh akan bergerak normal dan tenang. Ini kerana ia meletakkan Allah di atas segala-galanya.
Dalam kajian saintifik, peningkatan keimanan mempunyai kesan langsung kepada keadaan tubuh seseorang. Jika imam seseorang meningkat, ia akan sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik. Maka seiring dengan itu, persepsi seseorang itu terhadap kehidupan akan menjadi lebih baik.Teori perubatan menyatakan kalau kortisol naik, maka imunologi turun. Sebab itu, jika seseorang tahajjud dengan baik dan ikhlas, keadaan jiwanya akan tenang dan hormon lain akan menjadi normal.

KEUTAMAANNYA
Allah telah memerintahkan kepada Nabi-Nya agar menjalankan sollat malam itu sebagaimama firman-Nya:
“Dan dari sebahagian malam itu gunakanlah untuk bertahajjud sebagai solat sunnah bagimu, semoga Tuhanmu akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji.”
Dijelaskan oleh Allah bahwa orang-orang yang menjaga shalat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan serta rahmat-Nya, sebagaimana firman-Nya:.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam kebun-kebun dikelilingi mata air. Mereka menerima segala pemberian Allah, sebab dahulu sebelum itu mereka selalu berbuat kebaikan. Bahkan dahulu mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi-pagi sebelum fajar.
Mereka dipuji oleh Allah dan dimasukkan dalam golongan hamba-hamba-Nya yang berbakti,sebagaimana firman-Nya:
?
“Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Pengasih, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan merendahkan diri dan apabila diganggu oleh pembicaraan orang-orang bodoh, mereka itu semalam-malaman beribadat kapada Allah, baik dengan sujud maupun dengan berdiri.”
Mereka diakui keimanannya oleh Allah.
Abdullah Bin Salam berkata:
“Pada waktu pertama kali Rasulullah saw datang di Madinah, orang-orang pun berduyun–duyun mengerumuninya. Saya sendiri orang yang datang kepadanya. Ketika saya perhatikan wajahnya, yakinlah saya bahwa wajah beliau itu bukan wajah seorang pendusta. Pertama-tama sabda yang saya dengar dari beliau adalah: ‘Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungilah semua kerabat, bersolatlah di waktu malam dikala orang-orang sedang tidur, pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
Salman Farisi berkata:
“Rasulullah saw bersabda:
‘Kerjakanlah solat malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelummu dahulu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, pula sebagai penebus kejelekan-kejelekanmu, pencegah dosa serta dapat menghalaukan penyakit dari badan’.”

WAKTUNYA
Solat tahajjud itu dapat dikerjakan dipermulaan, di pertengahan atau di penghabisan malam, asalkan sesudah menunaikan solat isya dan sesudah tidur. Sebaik-baiknya waktu untuk melakukan solat malam itu ialah sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda:”Tuhan kita ‘azza wa jalla tiap malam turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir. Pada saat itu Allah berfirman: ‘Barang siapa yang berdo’a kepada-Ku pasti Kukabulkan, barang siapa yang memohon pada-Ku pasti Kuberi, dan barang siapa yang meminta ampun padaKu pasti Ku ampuni.’
Dari Amr bin Absah : “Saya mendengar Nabi saw bersabda: ‘Sedekat-dekatnya hamba pada Allah ialah pada tengah malam yang terakhir. Maka jikalau engkau dapat termasuk golongan orang yang berdzikir kepada Allah pada saat itu, usahakanlah’!
Dari Anas r.a. dari Nabi saw sabda: “Solat di masjidku ini sama nilainya dengan sepuluh ribu solat, solat di masjidil haram sama dengan seratus ribu solat, solat di medan jihad sama dengan dua juta solat. Tapi yang lebih banyak dari kesemuanya itu adalah dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang hamba di tengah malam.”
Yang lebih utama ialah menetapkan solat malam secara terus-menerus sebanyak sebelas atau tiga belas rakaat.

BEBERAPA TATA TERTIBNYA
Seseorang yang hendak melakukan solat malam itu disunatkan:
Di waktu akan tidur, hendaklah ia berniat hendak bangun untuk bersolat.
Berusaha menghilangkan mengantuk itu dari mukanya di kala bangun, kemudian bersuci.
Sebaiknya solat malam itu dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan dan selanjutnya bolehlah bersolat sesuka hati.
Hendaknya dibangunkan pula keluarga.
Hendaklah menghentikan solat dulu dan kembali tidur bila terasa sangat mengantuk sampai hilang mengantuknya itu.
Hendaknya jangan memberatkan diri. Jadi hendaklah bersolat malam itu tidak sekedar tenaga, tetapi hendaklah mengerjakannya dengan tekun dan jangan sampai meninggalkan kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa.

CARA MEMPERMUDAH BANGUN MALAM
Imam Ghazali rah.a. telah membagi asbab (cara memudahkan) bangun malam menjadi dua, yaitu zahir dan sebab batin.
Asbab zahir yaitu:
Menyedikitkan makan, kerana banyak makan akan banyak minum dan banyak tidur sehingga susah bangun tahajjud.
Mengurangi kesibukan, keletihan dan pekerjaan-pekerjaan berat di siang hari kerana apabila terlalu letih maka akan banyak tidur.
Jangan meninggalkan qailullah (tidur pada siang hari) kerana ini juga akan memudahkan bangun malam. Rasulullah saw bersabda “Qailullah-lah di siang hari dan carilah pertolongan Allah Qiyamullail”.
Hindarilah maksiat dan dosa-dosa kerana ini juga memudahkan bangun malam. Sebab apabila seorang berdosa maka hatinya akan keras dan kerasnya hati akan menjauhkan diri dari Allah SWT.
Asbab Bathin yaitu:
Menjaga hati dari sifat kinah (mengada-ada), bid’ah serta merisaukan dan memikirkan perkara duniawi, kerana barang siapa sibuk dengan memikirkan dunia, ia tidak akan mudah untuk bangun malam.
Takut akan akhirat, membayangkan pemandangan neraka, dan menahan tidur manusia.
Fikirkanlah keutamaan tahajjud yang tertera dalam ayat al-qur’an, hadits, dan atsar. Supaya timbul ghairah dalam hati untuk mendapatkan pahala.
Timbulkanlah keyakinan dalam hati bahwa berapa banyak ayat Al-qur’an yang di baca dalam solat, hakikatnya adalah berbicara pada Allah SWT dan Allah SWT mengetahuinya.

ADAB-ADAB TAHAJJUD DAN MASALAH–MASALAH TAHAJJUD SECARA FIQAH
Adapun adab-adab solat tahajjud adalah sebagai berikut:
Apabila bangun untuk solat tahajjud maka yang pertama kali adalah berdzikir kepada Allah SWT,
Apabila bangun solat tahajjud maka berwudhulah dan bersiwaklah kerana itu adalah salah satu adab-adab dalam solat tahajjud.
Sebahagian para ulama berpendapat bahawa apabila bangun pada malam hari hendaknya mandi. Kebiasaan Abdul Azis bin Zakaria dan kawan-kawannya, iaitu setiap malam setelah solat isya’ mandi untuk beribadah kerana mandi sebelum solat tahajjud adalah lebih baik.
Memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang bagus.
Setelah semua yang telah disebutkan di atas dilaksanakan maka bentangkan sejadah dan berdirilah menghadap kiblat dengan penuh khusu’ dan tawaduk. Kemudian bacalah doa sebagaimana yang terdapat dalam berbagai hadits. Setelah itu mulailah solat.
Pada waktu solat tahajjud yakni pada waktu ruku’, berdiri, dan sujud hendaknya setiap bacaannya dibaca satu kali, sebagaimana telah diriwayatkan dari Rasulullah saw.
Hendaklah membaca Al-qur’an dengan tertib.
Hendaklah berdo’a ketika mendengar ataupun membaca ayat rahmat atau ayat azab.
Ketika melaksanakan solat tahajjud, hendaklah tawajjuh pada Allah dengan sempurna dan hendaklah menangis.
Apabila datang mengantuk maka tidurlah.
Kalau tertinggal bangun malam (solat tahajjud) maka hendaklah menggantinya pada siang hari hal ini juga termasuk adab.
Berniat untuk bangun malam (solat tahajjud) sebelumnya, kerana kalau tertidur terus (sehingga tidak bangun), Allah akan memberikan juga pahala solat tahajjud.
Barang siapa meyakini akan bangun pada akhir malam maka sunnah baginya mengakhirkan solat witir.

Masalah-masalah tahajjud secara fiqah:
Menurut para fuqaha (ulama ahli fiqh) solat tahajjud adalah mustahab, dan mereka menggolongkannya pada mandubat lail (amalan sunnah di malam hari). Akan tetapi qadhi tsanaullah mencatatnya sebagai sunnah muakadah (sunnah yang dikuatkan/ditekankan).
Para fuqaha pada umumnya berpendapat bahawa solat tahajjud sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Akan tetapi pada sebahagian riwayat di jelaskan juga dua belas rakaat dan tidak ada sumbernya lebih dari dua belas rakaat.
Orang yang sudah biasa istiqamah melakukan solat tahajjud maka makruh meninggalkannya jika tanpa udzur (halangan)
Berdasarkan hasil fatwa ulama solat tahajjud lebih utama dilakukan dua rakaat dua rakaat.
Solat tahajjud pada sepertiga malam yang akhir adalah lebih utama.
Saranan :
Jika manusia hanya menuruti hawa nafsu maka tentunya ibadah sunnah solat tahajjud akan semakin jarang dilakukan. Dan jika manusia bertahajjud hanya kerana sedang dirundung masalah dan memerlukan pertolongan Allah SWT, hal ini sangatlah tidak adil bagi Allah seolah-olah menimbulkan kesan habis manis sepah dibuang, setelah diberikan pertolongan Allah manusia menjadi lupa bahkan tidak bersyukur kerana pertolongan-Nya.

Setelah mencuba menarik kesimpulan dari data-data yang ada, saya ingin memberikan saranan sebagai berikut:
>Janganlah malas bangun dari tidur untuk bertahajjud pada malam hari kerana sesungguhnya solat pada malam hari memberikan kekhususan dalam ibadah dan sesungguhnya orang yang bangun dari tidur dengan niatnya saja bertahajjud sudah mendapatkan pahala dari Allah.
>Bertahajjudlah baik dalam keadaan senang atau sedih.
>Rajinlah bertahajjud kerana banyak keutamaannya/hidayahnya.
>Janganlah memandang solat tahajjud itu sunnah hukumnya kerana dengan hal itu orang akan malas bertahajjud.




Itu sajer entry sy tok kali nie.syukran jazeelan...salam  :)



No comments:

Post a Comment