Followers

Wednesday, 30 November 2011

berdoalah dengan cara yang betul



Solat TANPA doa ibarat makan nasi tanpa lauk.  
Oleh itu, doa sememangnya tidak boleh dipandang enteng.
Doa merupakan salah satu cara kita merapatkan diri dengan ALLAH.
Tidak hairanlah jika DOA dikatakan sebagai senjata orang mukmin.

Tetapi benarkah cara kita semasa berDOA ???
Atau melakukannya sekadar buat syarat sahaja ???
Sedarlah bahawa kita sedang berhadapan dengan MAHA PENCIPTA.
Maka segala adab perlu dijaga ketika berdoa.

ADAB-ADAB KETIKA BERDOA

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang diturunkan oleh ustaz Abdullah.

 1. Angkat tangan paras dada
 

 

                                                    2. Rapatkan kedua-dua belah tangan





Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.
Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar. 
 
 
 

Berdoa merupakan salah satu 'saluran' manusia 
untuk berhubung dengan ALLAH selain daripada solat.
Oleh itu,bersungguh-sungguhlah kita dalam doa
selain menjaga adab ketika melakukannya.
InsyaALLAH.

Info : Berita Harian 

No comments:

Post a Comment