Assalamualaikum w.b.t.
" OMG..!! Dia add aku la.. I secret admire dia dah lama da "
" Thanks sayang sebab temankan I tadi.. I enjoy sangat "
" Wahh..!! Ramainya stalker aku.. Best2 !! "
Begitulah ayat-ayat yang kebiasaannya
muncul di dada-dada laman sosial seperti FB, BLOG dan lain-lain lagi.
Tak salah untuk POST sesuatu seperti itu.
Tulip pun kadang2 mcm tu gak..
Tapi apa salahnya jika sekali sekala kita POST sesuatu yang bermanfaat
yang membolehkan kita mengingatkan diri kita dan rakan-rakan lain
tentang ISLAM dan ALLAH TAALA.
Ianya lagi bermanfaat dari POST sesuatu yang NONSENSE.
Follower atau rakan kita dalam sesebuah akaun laman sosial
kebanyakkannya boleh dikatakan agak ramai.
Apa salahnya jika kita menggunakan PLATFORM ini
sebagai jalan untuk ber-DAKWAH .
Ianya lagi nampak bermanfaat dan tidak
mensia-siakan waktu begitu sahaja
tanpa membuat sesuatu yang bukan dari bidang kuasa ISLAM.
Sama-samalah kita fikirkan.
Tulip hanya nak berkongsi apa yang terlintas dalam
fikiran Tulip ni jer.
Sebab,Tulip lihat pengguna laman sosial pada masa kini
sangat jauh tersasar.. HANYUT dalam gelombang IT.
Oleh itu, cukup hanya sekadar POST seperti ini
" Jom solat "
ianya sudah memadai untuk kita memperingati diri kita dan rakan kita
tentang agama ALLAH .
syukran jazeelan...salam :)
No comments:
Post a Comment