Assalamualaikum u olls....
Entry Tulip hari ni nak share ngan korang (perempuan) semua tentang rahsia cara berjalan seorang perempuan..jom layan..
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan
wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang
tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya
itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita
seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita
seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang
menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk
menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara
berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup.
Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin
akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia
tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan
hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita
yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan
masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita
ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan
ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Bagaimana cara korang(perempuan) berjalan?haaa...:P..hehe
Tulip sekadar berkongsi yer..bukan untuk memburukkan sesiapa:harap maklum..:)
syukran jazeelan..salam :)
No comments:
Post a Comment