hah…kadang2 Tulip pun tak faham style zaman ni..mudah terpengaruh dengan budaya barat kan..bukak sana..bukak sini..Tak salah pakai legging ni janji kat dalam baju kurung kan…atau jubah...
haa..nilah seluar legging...
Hukum pakai seluar bagi perempuan
Dari Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” [sahih Bukhari (5804)]
Hukum
ini umum, bagi perempuan dan lelaki. Tetapi seluar perempuan hendaklah
berlainan dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam
bentuk penampilan diri dalam berseluar. Dalilnya:
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas teruna yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai teruna.” [Bukhari, 5885]
Terjemahnya: Dari Ibn Abbas ra: ” Dilaknat RasuluLlah ke atas teruna yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai teruna.” [Bukhari, 5885]
Seluar
perempuan hendaklah berlainan dari lelaki, misalnya reka bentuknya,
longgar dan ada jilbab (outer garment) yang menutupi bentuk badannya,
terutama pinggul dan pahanya. Dalilnya:
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa "Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]
Dari Abu Hurayrah ra, bahawa "Nabi saw pernah melihat ahli Neraka…terdiri dari wanita yang berpakaian tapi (masih) telanjang..”
[sahih Muslim, 2128]
Ini pendapat dalam madzhab Syafi’iy melalui Imam Rafi’iy (syarh alMuhadzaab,5/92).
Tetapi madzhab Hanbali, yang diamalkan di KSA mengharamkan terus pemakaian seluar panjang oleh perempuan (jika tidak mengenakan abaya (pakaian luar). Misalnya Fatawa Mar’atil Muslimah (3/851), begitu juga pendapat al-Albani ketika membuat radd (bantahan) kepada pendapat arRafi’iy dalam alJilbab (159).

KESIMPULANNYA
Bagi wanita, hukumnya ialah haram memakai seluar tanpa ditutupi dengan jubah atau kain. Ini kerana seluar bukan sahaja menampakkan menampakkan bentuk kaki yang langsing, bahkan menampakkan bentuk punggung yang pejal dan bentuk faraj yang bersegi tiga dan ini secara jujur diungkapkan supaya jelas dan tanpa banyak alasan bagi mereka untuk menghalalkannya.

Jika
hendak memakai seluar, seluar itu hendaklah longgar, tidak ketat, tidak
menampakkan bentuk badan dan bulatan punggung di belakang hendaklah
ditutupi keseluruhannya oleh kain(baju yang dibenarkan syara’ ataupun
jubah).
Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka
memelihara pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan nafsu kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an
nur ayat 31)
kamu
semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap
bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lemah lembut dan
manja (semasa bercakap dengan lelaki yang bukan suami kamu) kerana yang
demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam
hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah
dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan).(surah al ahzab ayat
32)
sabda rasulullah saw yang bermaksud:
“Siapa
sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban
“Rasullulah
melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya. “Riwayat At-Thabrani, “Dilaknat perempuan yang menjarangkan
giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
“Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu adalah lebih baik daripada
menyentuh perempuan yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”. Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
Sabda
SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang meminum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” Riwayat Ibn Majah
“Tiada
seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
sekian sajer entry Tulip tok hari ni...lu pikir lah sendiri..hehe
salam :)
No comments:
Post a Comment