Followers

Sunday, 27 November 2011

Perempuan dulu vs Perempuan sekarang




PEREMPUAN DULU VS PEREMPUAN SEKARANG. SAPA LAGI HEBAT?

Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"

Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"

Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu"

Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu (Amah) menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Haan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasn meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"

Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu"

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"

Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya"

Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab nenjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah

Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Al lah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.

syukran jazeelan...salam :)

No comments:

Post a Comment