Assalamualaikum u olls...
Entry Tulip hari ni nak share ngan korang tentang kelebihan hari jumaat..k,jom layan..
1. Berlakunya hari kiamat.
Ya,
Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari
kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah
seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan
dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada
Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik
hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s.
diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special.
Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana
agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit
ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam
suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu
segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut
Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun
malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah
kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana
yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku
dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu
Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah
akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang
ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin
ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam
sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak
ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua
khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan
khutbah kedua.
Ini
berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari
Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia
sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan
dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa
maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi
burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah
mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa
Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu
adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai
didirikan.
p/s--->SALAM HARI JUMAAT
~semOga kita semua berOleh keberkatan di dunia & jua di akhirat~
..(^_^)..
syukran jazeelan...salam :)
No comments:
Post a Comment