Followers

Monday, 5 December 2011

pantasnya...



Pantasnya? Yup...pantasnya waktu yang berlalu. Waktu seakan-akan tidak mencukupi bagi kita..Kalau kita ada kuasa, Tulip pasti semua kita akan menggunakan kuasa itu untuk memutarkan kembali waktu-waktu yang telah berlalu. Tapi, itu semua hanyalah khayalan yang memang mustahil bagi kita sebagai  manusia.

Waktu sentiasa menghambat kita dan sentiasa mengejar kita walau di mana kita berada sekalipun. Sebab itulah ada pepatah yang berbunyi 'masa itu emas'. Betul tu, memang tepat pepatah orang-orang lama. Sememangnya masa itu lebih berharga daripada emas ataupun apa jua bentuk material yang ada..Cuba bayangkan, jikalau kita kaya ataupun jutawan sekalipun apalah gunanya lagi kalau Allah telah menarik balik nikmat kesihatan yang mana ketika kita sihat walafiat kita telah mengabaikannnya? Semasa kita diberikan kesempatan oleh Pemilik kita yang Abadi supaya menjaga kesihatan tetapi kita telah alpa pada nikmat yang amat penting itu. Dan apabila diuji dengan ditarik balik nikmat yang tidak ternilai itu, barulah kita sedar yang betapa menyesalnya kita kerana telah mensia-siakan waktu yang diberikan untuk menjalankan dan menjaga apa yang patut kita jaga.

Dan Tulip yakin, sekaya manapun seseorang pasti akan berfikir 'kalaulah aku dapat kembali ke masa lalu, aku pasti akan menjaga kesihatanku, memperbanyakkan amalan-amalan baik dan sebagainya'. Memanglah kalau kaya boleh dapat semua yang diinginkan tetapi bukan semua benda dapat kita peroleh dengan kekayaan yang ada.

Kekayaan yang ada tidak dapat membeli waktu-waktu yang telah berlalu pergi meninggalkan kita. Kita takkan mampu memanggilnya kembali kepada kita walau sekuat manapun kita menjerit memanggilnya. Apa yang mampu kita buat hanyalah berfikir apa yang perlu kita lakukan pada masa sekarang supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada waktu yang telah berlalu itu.
Biarlah hari semalam menjadi sejarah dan hargailah hari ini supaya kita boleh melakar kejayaan pada hari esok..^_^

No comments:

Post a Comment