Salam hari jumaat...semoga hari ini lebih baik daripada semalam..insyaallah...hri ni Tulip nak post tentang fadilat ayat kursi...jom baca..
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera memerintahkan
Zaid bin sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari
godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan
dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara
dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut
Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian
berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan
memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh
menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru
maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca
ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar
daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya
rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah
sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin
‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
” SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU AYAT….”
No comments:
Post a Comment