Followers

Tuesday 6 December 2011

10 perkara yang merosakkan otak

Assalamualaikum u olls...
wahai pembaca pembaca semua...hari nie Tulip ingin berkongsi apa yang telah Tulip baca dari sebuah majalah...rasanya ianya sangat penting untuk kita yang bergelar manusia untuk jadi lebih berjaya.....wink-2...!!haha!i want to talk about 10 things that can broke your brain...speaking la pulo0kk!!haha...ok,10 perkara yang merosakkan otak..layannnnn...macam farah fauzana la plok..hehe...




 1.Tidak Mengambil Sarapan Pagi...
-otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga,iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.


 2.Terlebih Makanan
-tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini menyebabkan mengantuk dan hilang daya fokus.



3.Merokok
-asap rokok sangat bahaya kerana mempunyai pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel sel otak.




 4.Mengambil Gula Berlebihan
-gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.




5.Menghidu Udara Yang Tercemar
-otak merupakan pegguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.


6.Tidur Yang Berlebihan
-tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.




7.Tidur Dengan Menutup Muka
-tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
8.Kurang Berimaginasi
-berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.


  
9.Jarang Berfikir
-jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif.Maka,selalu berfikir akan mengasah otak kita bekerja dan dapat meningkatkan keupayaan otak.




 10.Tidak Membaca Al-Quran
-Al-Quran merupakan kalimah kalimah Allah s.w.t.Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dengkal....


hope you're enjoy read this entry...syukran jazeelan..salam :)

No comments:

Post a Comment