Followers

Monday, 5 December 2011

air mata seorang wanita



Wanita memang sinonim dikaitkan dengan airmata dan suka menangis. Memang betul pun. Dan sebagai seorang wanita Tulip juga merasakan begitu. Jarang sangat lah seorang wanita ataupun perempuan tidak sensitif perasaannya lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan seseorang yang istimewa dalam hidup kita. Memang jarang sangat ada wanita yang berhati kering kalau ada pun mesti yang lebih bersifat kelakian ataupun tomboy? Mungkin...

Menangis salah satu cara seseorang wanita mengekspresikan perasaan mereka. Perasaan yang terluka, kecewa, sedih, marah dan juga untuk melembutkan hati pasangan mereka. Tahu-tahu sajalah, lelaki kadang-kadang kasar sifatnya dan kurang sensitif akan perasaan seorang wanita. Dan apabila wanita menangis dan mengalirkan airmata mulalah cakap suka menangis dan merajuk! Padahal, kaum lelaki yang tidak pandai menjaga hati. Bercakap ikut keluar dari mulut yang kadang-kadang mengguris perasaan.

Mungkin kaum lelaki tidak bermaksud apa-apa daripada percakapan kasar tersebut tetapi apa salahnya ubah sedikit cara percakapan antara kawan dengan isteri ataupun kekasih mereka kan? Janganlah menganggap kaum wanita boleh menerima cara percakapan kasar mereka dengan kawan-kawan terhadap wanita juga. Wanita yang sensitif termasuk Tulip sendiri mudah terguris perasaan dengan percakapan yang kasar. Mungkin apabila berhadapan dengan kawan-kawan yang suka bercakap kasar dan agak lepas, perasaan terguris dipendamkan sebab tidak mahu menyinggung perasaan mereka jika meluahkan rasa tidak suka akan sikap mereka. Tetapi, apabila melibatkan percintaan sukar untuk memendam rasa terguris tersebut dan akhirnya gugur airmata a.k.a menangis!

Cuma pesan Tulip sebagai seorang wanita yang sememangnya sensitif perasaan terhadap kaum lelaki yang ada diluar sana yang ada terbaca nukilan Tulip ini, jagalah perasaan seorang wanita. Kaum wanita halus perasaannya dan sensitif jiwanya. Bercakaplah dengan kami dengan nada yang berpatutan. Jikalau ada silap yang dilakukan, tegurlah dengan cara yang elok bukan dengan memarahi kami secara tidak bertempat. Tidak salah marah, tetapi biarlah dengan perkataan yang elok bukannya yang bukan-bukan.

 

No comments:

Post a Comment