Followers

Thursday 31 May 2012

21 ciri2 lelaki yang layak untuk dijadikan suami

Assalamualaikum u olls...

entry tulip hari ni gedix ckit.haha..nak taw tulip nk citer pasal pe..tgok la tajuk kt atas tuuu..(gedix x) haha..

kepada yg msih single,sedang bercinta yang dilema tak tahu nak pilih yg mana satu jejaka idaman,kat sini ada beberapa tips untuk prmpuan di luar sana mencari lelaki idaman mereka untuk dijadikan sbg suami..


antara ciri2nya ialah:

1.Solat fardhu cukup 5 waktu

2.Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas,boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras,boleh isi minyak,boleh htr ke tempat keje.Nafkah zahir boleh bagi,bukan nafkah batin je taw.

3.Ada kenderaan:moto kapcai dah ok.honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet.Basikal pun boleh,tapi penat kayuh.Kalau hujan basah.Sebaik-baiknya kereta,sebab nanti nak bawa isteri yg mengandung ke klinik setiap bulan.

4.Lulus ujian fardhu ain sekolah rendah.Maknanya boleh mandi wajib dgan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dgan betul,apatah lgi mndi2 yg lain.

5.Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba Ta" sampai surah "Iqra' bismirabbikallazi khalaq".

6.Jenis lurus,baik & hati baik,tak menipu.Tak adalah smp menipu kata nak pergi Mydin,tapi prgi mengurat jiran taman sebelah.

7.Dia faham kamu,kamu faham dia.saling memahami.serasi bersama.berbeza tapi boleh masuk.
8.Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je.depan org lain sopan santun gitu.

9.Jenis tak cemburu buta sangat.cemburu macam ni ok, "Ehemm.ramainya kwan laki kat opis..jgn smp lupa abg taw..."

10.Belajar takat PMR je pun takpe,janji cara dia fikir tu matang dari yg belajar PhD.

11.Kalau dia jenis pendiam tak adalah smp org kata x bergauldgan manusia lain.Kalau dia banyak brckap pun tak adalah smp dia mengata-ngata org lain.

12.Malas juga ke masjid,tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali,sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak





13.Walaupun tak kerap ke kuliah agama,tapi bila tgok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu smp trlupa nk tgok bola.Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara org2 kampung.

14.Boleh bersusah senang bersama.Kalau isteri nangis,dia tolong riba isteri dan tenangkan.Kalau isteri sakit,dia tolong jaga dari malam smp pagi.

15.Jenis senyum sokmo.

16.Tak tengok sangat awek cuns,duk tgok bini dia je..walaupun bini dia x cuns (Tak cun xpe,boleh tutup lampu-UIA)

17.Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur,ayam,ikan,nasi goreng,nasi goreng hailam dll.Kalau dia x smpt nak masak sekalipun,dia x kan mkan kat McD ke,KfC ke atau tmpat2 mkan yg harganya mahal.Mkan nsi lemak kat gerai lgi ok pe.




18.Rajin.Ringan tangan tolong isteri.Kadang2 tolong kemas rumah,sapu sampah,sidai kain,memasak.Tapi janganlah poyo sngat smp kwan2 isteri dtang pun,tlong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19.Jenis pembersih gak la.Masa muda2 dia x ada la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu2 x basuh.Bau badan tu jaga.kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah,bukan nak wangi dpan manusia je.

20.Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tntang kematian dan amalan agama.
"sayang,tgok jam tu.Ha,bila kita tgok jam..Ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21.Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak2 dia.Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.


Kepada golongan lelaki diluar sana, adakah anda termasuk dalam kriteria di atas? Kepada golongan perempuan pula, adakah kriteria di atas cukup untuk si dia menjadi suami idaman anda? Fikir-fikirkanlah.


 thanks 4 reading
salam ^_^

6 comments:

  1. insyaAllah suami saya cukup semua tu....hehe

    ReplyDelete
  2. bagus2..hormat pd kedua2 belah org tua...jgn ada sikap pilih kasih, dan yg pasti sentiasa berkasih sayang dlmhidup berkeluarga

    ReplyDelete
  3. cik tulip... entry ini mungkin berkaitan dengan entry cik tulip.. http://kaishuhaikal.blogspot.com/2012/05/ceritera-cinta.html

    ReplyDelete