Assalamualaikum u olls...
selamat malam semua..tadi tulip tgok citer cerekarama,tajuknya mencintaimu..
dalam citer tuh,eman manan ada bgtaw kepada anak sedaranya(dlm citer tuh) pasal kenapa org kawin,dia sarung cincin kat jari manis...so,dia terangkanlah..ooo,tulip baru taw,kenapa orang kawin,dia sarung cincin di jari manis..
Korang
selalu nampak orang menikah. Sarung-sarung cincin. Tapi nak tau tak
kenapa cincin tue mesti disarung jari manis? Kenapa? Hah...nie
sebenarnya dari jawapan eman manan lam citer tdi... Pada awalnya tulip dengar
lawak tapi ble tulip fikir balik, ada betul gak kan. Kalau korang tidak
percayakan kata tulip, cuba korang try ikut kat bawah nie.
Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.
1. Pertama, tunjukkan telapak tangan korang, jari tengah ditekuk ke dalam
2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.
3.
Cuba buka ibu jari korang, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh
dibukakan? Ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan
demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
4.Tutup
kembali ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang, jari
telunjuk mewakili kakak dan adik korang, mereke memiliki keluarga
sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
5.
Sekarang tutup kembali jari telunjuk korang, buka jari kelingking
pulak, yang mewakili anak-anak kita-kita. Cepat atau lambat anak-anak juga akan
meninggalkan kita jugak.
6.
Selanjutnya, tutup jari kelingking korang, bukalah jari manis anda
tempat dimana kita menyarung cincin perkawinan kita. Payah tak? Korang
rasa pelik dan heran kan? Nape la payah sangat nak bukak macam yang lain.
Hah, nie kerana jari tersebut tak boleh dibuka sebab jari manis mewakili
suami dan isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan
terus melekat satu sama lain. Hah, boleh bukak gak ke? Haha..tapi ia
still tak la seluas bukaan yang lain kan? Cinta suami isteri itu kekal
abadi buat selamanya.
insyaAllah..
p/s:PERCAYA ? Jangan eh! ... Sekadar gurau-gurauan di malam hari..hehe ^_^
thanks 4 reading
salam
No comments:
Post a Comment