Assalamualaikum u olls..
selamat malam semua..dah nak tido kew??sebelum tidoq,korang amalkan amalan2 ini yew..
PETUA TIDUR NABI SAW
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih
kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah
Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan
menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang
paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.
Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala
mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri
ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari
cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik,
selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan
menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan
adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal,
semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai
night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan
sebelum tidur....
INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN
thanks 4 reading
salam ^_^
Jum same2 ikot sunnah rasulullah :)
ReplyDeletesama2 kita amalkan sunnah rasulullah s.a.w
DeleteWah, banyaknye yang boleh diamalkan sebelum tidur ye... Terima kasih atas perkongsian.. minta nak kongsi nie... =)
ReplyDeleteyer ariey.amalkan sblum tido yer.amik la.sy copy n paste jew.tapi lpa amik kat mane.x wat credit pown .hehe
Delete