Assalamualaikum u olls..
selamat pagi semua.jam sudah menunjukkan 12.19 pagi..mata still lagi segar n tidak menunjukkan tanda2 hendak sleep..hehe..tetiba ja rindu kat family...
boring x taw nak wat pe..
baru jew lepas wat assignment..tetibe tangan ni gatai nak update blog..
terase nak wat entry nie..3 wajah..pandang sahaja mendapat pahala..
pertama:
wajah ibu
ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita.Dari rahimnya kita dilahirkan.Dari air susunya kita dibesarkan.Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih kecil.Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya.Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu..lantaran itu,ALLAH memasukkan satu surah didalam Al-Quran yang dinamakan Surah An-Nisa (surah perempuan).Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala..(nanti balik rumah tengok wajah ibu tau..)
kedua:Al-Quran:
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya.Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita.Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya.Ada rumah yang saya kunjungi didalam almari,atas meja dipenuhi Majalah Mangga,URTV,majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung.Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat,nescaya hidup kita akan diberkati.
ketiga:memandang kaabah
Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah),Insyaallah akan mendapat pahala.
Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman Nabi Ibrahim lagi..
p/s:belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong..mari kita bersama berdakwah
thanks 4 reading my blog..
salam ^_^
mudahnye Allah nk bg pahala kt kkita hnya memandang wjh ibu..syg btl Allah kt kita kn
ReplyDeleteyer elyna...senang sahaja utk medptkn pahala
Delete