Followers

Monday, 5 December 2011

mencintai tak semestinya memiliki..

Dalam hidup kita sebagai seorang manusia memang tidak akan sunyi daripada perasaan mencintai dan dicintai. Cuma kadang-kadang, mencintai seseorang tak semestinya kita akan memilikinya.

Mungkin kehadirannya hanyalah seketika sahaja sekadar untuk mengisi kekosongan dan bila sampai masa akan pergi meninggalkan kita. Walaupun agak pedih tapi semua itu harus diterima demi kebaikan bersama.


Sebagai Muslim, kita percaya jodoh kita sudah Allah s.w.t tentukan. Biarkan dia pergi, andai suatu hari dia kembali itu bermakna dia adalah jodoh kita tapi kalau tiada bermakna bukan dia yang Allah tentukan untuk kita. Cuma yakin, setiap kita telah Allah tentukan jodoh masing-masing...


pantasnya...



Pantasnya? Yup...pantasnya waktu yang berlalu. Waktu seakan-akan tidak mencukupi bagi kita..Kalau kita ada kuasa, Tulip pasti semua kita akan menggunakan kuasa itu untuk memutarkan kembali waktu-waktu yang telah berlalu. Tapi, itu semua hanyalah khayalan yang memang mustahil bagi kita sebagai  manusia.

Waktu sentiasa menghambat kita dan sentiasa mengejar kita walau di mana kita berada sekalipun. Sebab itulah ada pepatah yang berbunyi 'masa itu emas'. Betul tu, memang tepat pepatah orang-orang lama. Sememangnya masa itu lebih berharga daripada emas ataupun apa jua bentuk material yang ada..Cuba bayangkan, jikalau kita kaya ataupun jutawan sekalipun apalah gunanya lagi kalau Allah telah menarik balik nikmat kesihatan yang mana ketika kita sihat walafiat kita telah mengabaikannnya? Semasa kita diberikan kesempatan oleh Pemilik kita yang Abadi supaya menjaga kesihatan tetapi kita telah alpa pada nikmat yang amat penting itu. Dan apabila diuji dengan ditarik balik nikmat yang tidak ternilai itu, barulah kita sedar yang betapa menyesalnya kita kerana telah mensia-siakan waktu yang diberikan untuk menjalankan dan menjaga apa yang patut kita jaga.

Dan Tulip yakin, sekaya manapun seseorang pasti akan berfikir 'kalaulah aku dapat kembali ke masa lalu, aku pasti akan menjaga kesihatanku, memperbanyakkan amalan-amalan baik dan sebagainya'. Memanglah kalau kaya boleh dapat semua yang diinginkan tetapi bukan semua benda dapat kita peroleh dengan kekayaan yang ada.

Kekayaan yang ada tidak dapat membeli waktu-waktu yang telah berlalu pergi meninggalkan kita. Kita takkan mampu memanggilnya kembali kepada kita walau sekuat manapun kita menjerit memanggilnya. Apa yang mampu kita buat hanyalah berfikir apa yang perlu kita lakukan pada masa sekarang supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada waktu yang telah berlalu itu.
Biarlah hari semalam menjadi sejarah dan hargailah hari ini supaya kita boleh melakar kejayaan pada hari esok..^_^

air mata seorang wanita



Wanita memang sinonim dikaitkan dengan airmata dan suka menangis. Memang betul pun. Dan sebagai seorang wanita Tulip juga merasakan begitu. Jarang sangat lah seorang wanita ataupun perempuan tidak sensitif perasaannya lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan seseorang yang istimewa dalam hidup kita. Memang jarang sangat ada wanita yang berhati kering kalau ada pun mesti yang lebih bersifat kelakian ataupun tomboy? Mungkin...

Menangis salah satu cara seseorang wanita mengekspresikan perasaan mereka. Perasaan yang terluka, kecewa, sedih, marah dan juga untuk melembutkan hati pasangan mereka. Tahu-tahu sajalah, lelaki kadang-kadang kasar sifatnya dan kurang sensitif akan perasaan seorang wanita. Dan apabila wanita menangis dan mengalirkan airmata mulalah cakap suka menangis dan merajuk! Padahal, kaum lelaki yang tidak pandai menjaga hati. Bercakap ikut keluar dari mulut yang kadang-kadang mengguris perasaan.

Mungkin kaum lelaki tidak bermaksud apa-apa daripada percakapan kasar tersebut tetapi apa salahnya ubah sedikit cara percakapan antara kawan dengan isteri ataupun kekasih mereka kan? Janganlah menganggap kaum wanita boleh menerima cara percakapan kasar mereka dengan kawan-kawan terhadap wanita juga. Wanita yang sensitif termasuk Tulip sendiri mudah terguris perasaan dengan percakapan yang kasar. Mungkin apabila berhadapan dengan kawan-kawan yang suka bercakap kasar dan agak lepas, perasaan terguris dipendamkan sebab tidak mahu menyinggung perasaan mereka jika meluahkan rasa tidak suka akan sikap mereka. Tetapi, apabila melibatkan percintaan sukar untuk memendam rasa terguris tersebut dan akhirnya gugur airmata a.k.a menangis!

Cuma pesan Tulip sebagai seorang wanita yang sememangnya sensitif perasaan terhadap kaum lelaki yang ada diluar sana yang ada terbaca nukilan Tulip ini, jagalah perasaan seorang wanita. Kaum wanita halus perasaannya dan sensitif jiwanya. Bercakaplah dengan kami dengan nada yang berpatutan. Jikalau ada silap yang dilakukan, tegurlah dengan cara yang elok bukan dengan memarahi kami secara tidak bertempat. Tidak salah marah, tetapi biarlah dengan perkataan yang elok bukannya yang bukan-bukan.

 

Sunday, 4 December 2011

hati-hati memberi hati



Assalamualaikum u olls...
selamat tengahari semua...^_^

Masa Tulip tengah buat kerja tadi sambil jenguk 'facebook' kawan, Tulip ada terpandang satu quote yang di 'copy' & 'paste' oleh seorang kawan. Okeylah, Tulip copy semula la quote tersebut..

"Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti..kerana sekali kita memberi, selamanya dia diHATI. Sekali kita dilukai, sampai bila-bila tetap kita ingati. Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI. HATI dan PERASAAN ini hanya untuk insan yang MENYINTAI dan MENYAYANGI DIRI kita SEIKHLAS HATI."

Betul kan? sekali hati dilukai, sampai bila-bila akan diingati. Mungkin lukanya akan sembuh tapi parut yang tinggal tak mungkin hilang. Kadang-kadang Tulip pelik la dengan sikap sesetengah orang ni, punyalah cakap, sayang macam sayang diri sendiri tapi hakikatnya kata-kata hanya setakat dibibir sahaja bukan betul-betul dimaksudkan.

Just sebagai pesanan, janganlah kita suka mempermainkan perasaan orang lain. Kita tak tahu macam mana kecewanya orang dengan perbuatan kita. Kalau tak sayang, jangan mudah untuk berkata sayang. Sayang dan cinta bukan untuk dijadikan mainan serta gurauan.

bersedia menghadapi cabaran


 Selagi kita bergelar manusia dan selagi jantung kita bedegup, kita takkan sunyi daripada cabaran dan juga dugaan dalam hidup ini. Apa yang termampu kita lakukan hanyalah, sentiasa bersedia dan juga tenang untuk menghadapinya. 





Bersedia untuk menangkis dan juga menyelesaikan tiap cabaran dan juga dugaan mendatang. Kadang-kala, cabaran dan dugaan itulah yang menjadikan diri kita lebih matang. Hidup ini adakalanya seperti sekeping kaca. Mudah pecah andai tidak dijaga dengan elok. Begitu juga dengan hidup kita, jika tiada kesabaran dan juga sifat rasional dalam menghadapi sesuatu cabaran, pasti hidup kita akan hancur.

Apa pun yang akan berlaku, ingatlah yang Allah s.w.t akan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya walaupun hamba-hambaNya itu kadang-kala sering melupakanNya..

Senyumlah







"mulakan hari dengan senyuman...."kita selalu dengar perkataan tu kan...so,senyumlah selalu...lagipun senyum tu kan satu sedekah...kadang-kadang senyum tu adalah pengubat bagi mereka yang sakit.Kalau kita ada masalah,cubalah senyum ketika bertemu dengan orang lain.jangan menampakkan masalah kita itu kepada orang lain..biarlah mereka nampak kita macam happy..boleh kan??orang barat cakap senyum tu satu senaman muka...ada yang kata senyum selalu boleh awet muda..so apa lagi..senyum la selalu..tak pun senyum sekarang masa baca entry ni..hehe..biarlah apa orang nak kata..yerla kan tetiba je senyum sorang-sorang..haha..:)..senyum menampakkan yang kita itu sedang happy...lagipun kalau kita gembira,kita akan dapat elakkan dari stress..tapi kadang-kadang ada orang salah anggap dari senyuman yang kita berikan..contohnya kita akan cakap"tak betul ke orang ni senyum kat aku"...ape senyum-senyum,ada maknalah tu"...!!ala biarkan je la orang nak kata...kita senyum jer..tapi yang membuatkan kita bengang la..kadang-kadang kita senyum kat orang tu tapi...orang tu tak senyum kat kita balik...!!..geram kan??nak tenyeh-tenyeh jer kat muka dia tu..susah sangat ke nak senyum balik..bukan susah pun..kadang-kadang sakita ati gak kan..sabar-sabar..kadang-kadang orang tu rabun,tak nampak orang senyum kat dia,maafkan jer la ek..hehe...so,jangan kerana orang tu korang tak teruskan senyum kat orang lain..senyum jer...kan nampak manis kalau senyum..betul x??senyum-senyum sokmo..hehe 





kuih-muih dikelantan

Assalamualaikum u olls...

Semalam Tulip da citer pasal nasi kerabu kan..hari nie Tulip nak citer pasal kuih-muih yang ada kat kelantan nie..jom tengok kuih-muih yang popular kat kelantan nie...

                     Antara kuih-muih yang popular kat kelantan ialah:


                                                                        AKOK

Erm...sedapnya kuih akok nie..
Nie la kuih yang paling Tulip suka nak2 time bulan puasa.
Teksturnya yang lembut membuatkan akok sesuai untuk sume golongan..
(atuk & nenek yang xde gigi pun bleh makan..hehe).
Teringat bila time puasa kat kampung, mesti gi beli kuih akok
kat bazar ramadhan. Ramai kawan2 Tulip dari luar klate suka
kuih nie taw..


                                                             KETUPAT SOTONG

Nie lagi satu kuih yang femes dan digemari di kelate......ketupat sotong atau lebih dikenali tupat sotong oleh orang negeri klate. Sedap sangat ketupat sotong nie,,walaupun agak manis,tapi sesuai la ngan rasanya yang lemak2 pulut yang disumbat kedalam sotong tu.. ma Tulip selalu buat ketupat sotong nie sebab kitorang adik beradik memang suka kuih nie..


                                                              LOMPAT TIKAM

Rasanya kuih nie ramai yang suka kan.dulu pernah la nenek Tulip buat,,tapi nak buat kuih lompat tikam nie kena la sabar sikit sebab ambik masa yang lama gak la. Kena pastikan tepung betul2 masak kalau x mau kembung perut orang yang makan..haha..kalau Tulip makan kuih lompat tikam,Tulip mesti letak kuah santan tu banyak2 sebab sedap..rasanya yang lemak2 masin dan dicampur ngan manis gula melaka (orang kelate panggil nisan..) memang sedap..nyum..nyum


                                                                 KUIH GOMOK


Kuih nie pulak dipanggil kuih gomok yang dibuat daripada beras pulut yang dicampur ngan kelapa muda..tak tau la nape dipanggil buah gomok maybe sebab putih cam tepung gomok kot...hehe...


                                                                KUIH ONDE-ONDE

 Sape x kenal ngan kuih onde-onde atau dikenali gak ngan buah melaka bagi orang luar kelate. Kuih onde-onde nie ma Tulip selalu buat time bulan pose...ada jugak orang kelantan panggil kuih nie dengan nama kekoh cha..hehe



                                                                KUIH PUTERI MANDI


Kuih teri mandi a.ka. puteri mandi ni lebih kurang macam kuih onde-onde la cuma bezanya kuih teri  mandi nie tak ade gula melaka kat dalam juz tepung pulut semata-mata. Kelapa mestilah direbus sampai betul2 masak yang dicampurkan gula melaka dalam kelapa yang direbus tu bagi manis...Tulip x berapa suka sangat kuih teri mandi nie..memang dari kecik lagi Tulip agak kureng ngan kuih nie..tapi family Tulip sumer suka kuih teri mandi nie..kalau Tulip makan kuih nie masa kecik2 dulu..Tulip akan basuh kelapa yang melekat kat kuih nie dulu, baru T makan..rasa la manis2 skit..
Dah besar nie pun Tulip tak brapa suka sangat kuih teri mandi nie..ntah la..bukan x sedap cuma Tulip je tak suka sangat.

                                                                        KUIH PERIA

Tulip tak pasti ramai ke yang tau pasal kuih nie...nie la namanye kuih peria. Tengok kulit dia,,kan cam buah peria sikit2..Tulip suka kuih ni sebab dalam dia ada inti kacang hijau...sedap rasanya. Tapi..rasanya kuih peria nie sama la ngan kuih koci cuma bentuk jelah beza tapi rasa dia sama je...Mungkin warnanya yang warna-warni tulah yang buat kuih peria nie nampak menarik & sedap. Tapi memang sedap pun...hehe..kalau makan 1 memang tak cukup..sedap punyer...hahaa..kalau sesaper yang x suka kacang hijau mungkin bagi diorang tak brapa sedap la...ermmm..


                                                                        LAKSAM

Laksam ni memang makanan yang sangat famous di kelate. Dibuat daripada tepung beras. Nampak lebih kurang macam kuetiaw tapi bukan exactly sama la sebab tekstur kuetiaw licin tapi laksam ni lembut jer..amat sesuai tuk orang yang x bergigi tau..hehehe. Kuah laksam plak santan yang dimasak dan dicampur dengan ikan yang telah dikisar halus. Tak complete kalau makan laksam x bubuh sekali ngan ulam-ulaman macam bunga kantan, kangkung, timun, kacang panjang, daun kesum dan macam2 lagi la ulam-ulaman yang telah dipotong halus-halus. Lagi banyak ulam-ulaman lagi sedap tau..lagi satu benda yang buat laksam nie sedap ialah sambal cili kering yang dicampur ngan belacan..meleleh air liur bila teringat nenek Tulip yang selalu buat kat kampung..hehe

Pendek kata, banyak lagi kuih-muih dan juga makanan kat kelantan yang memang sedap. Kadang-kadang  nama je pelik tapi rasanya memang sedap...kalau nak tahu lebih lanjut pasai kuih-muih nie...meh la kelantan..hehe..ok la,itu saja entry Tulip tok hari nie..nanti Tulip citer pasai benda lain plak yang ada kat negeri kelantan nie...Thanks 4 reading..sayang korang...^_^

syukran jazeelan...salam :)