Followers

Monday, 21 May 2012

masuk syurga kerana bulu mata

Assalamualaikum u olls...

jam sudah menunjukkan kul 4 pagi.tapi mata tulip still x ngantuk..puas pejam,tapi still x leh tidoq..apalagi lau mata still x tido,online ler jwabnya..tadi duk fbwalking,trbaca kisah menarik nie..meh baca citer nie..

Kisah Masuk Syurga Kerana Bulu Mata



 Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. “Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang mengisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”

“Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

* Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

credit to:islamic

thanks 4 reading
salam 

kenapa lau kawin,kena sarung cincin di jari manis?

Assalamualaikum u olls...

selamat malam semua..tadi tulip tgok citer cerekarama,tajuknya mencintaimu..
dalam citer tuh,eman manan ada bgtaw kepada anak sedaranya(dlm citer tuh) pasal kenapa org kawin,dia sarung cincin kat jari manis...so,dia terangkanlah..ooo,tulip baru taw,kenapa orang kawin,dia sarung cincin di jari manis..



Korang selalu nampak orang menikah. Sarung-sarung cincin. Tapi nak tau tak kenapa cincin tue mesti disarung jari manis? Kenapa? Hah...nie sebenarnya dari jawapan eman manan lam citer tdi... Pada awalnya tulip dengar lawak tapi ble tulip fikir balik, ada betul gak kan. Kalau korang tidak percayakan kata tulip, cuba korang try ikut kat bawah nie.
Ikutkan langkah yang dituliskan dibawah ini.

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan korang, jari tengah ditekuk ke dalam

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan hujungnya.

3. Cuba buka ibu jari korang, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari boleh dibukakan? Ini kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4.Tutup kembali ibu jari korang, kemudian buka jari telunjuk korang, jari telunjuk mewakili kakak dan adik korang, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

5. Sekarang tutup kembali jari telunjuk korang, buka jari kelingking pulak, yang mewakili anak-anak kita-kita. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita jugak.

6. Selanjutnya, tutup jari kelingking korang, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkawinan kita. Payah tak? Korang rasa pelik dan heran kan? Nape la payah sangat nak bukak macam yang lain. Hah, nie kerana jari tersebut tak boleh dibuka sebab jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat satu sama lain. Hah, boleh bukak gak ke? Haha..tapi ia still tak la seluas bukaan yang lain kan? Cinta suami isteri itu  kekal abadi buat selamanya. 
insyaAllah..


p/s:PERCAYA ? Jangan eh! ... Sekadar gurau-gurauan di malam hari..hehe ^_^
 
thanks 4 reading
salam 
 

selamat datang bulan rejab

Assalamualaikum u olls..

tahukah korang pada malam ini (isnin 21 mei 2012)..


adalah malam 1 rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata,ada 5 malam dalam setahun,ALLAH SWT bukakan pintu langit,salah satunya adalah malam 1 rejab.Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan istighfar.
Jadi,perbanyakkan doa,mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita,memakbulkan doa kita pada malam 1 rejab.perbanyakkan istighfar,minta ampun daripada ALLAH SWT.Insyaallah..

p/s:jom sama-sama dapatkan keberkatan bulan REJAB...(^_^)

thanks 4 reading
salam ^_^

Saturday, 19 May 2012

tahniah the red warrior (kelantan)

Assalamulaikum u olls...

sebentar tadi..maka,berakhirlah perlawanan piala FA Cup...kelantan vs sime darby FC...kelantan menang 1-0...tahniah kelate..u are the best..
gomo kelate gomo...Alhamdulillaaaaaahhh!!! 
Gema takbir kemenangan akhirnya berjaya dicipta buat kali pertama. Kini....PIALA FA EDISI KE-23 SAH MILIK KITA! TRW JUARAAAAAAAAAA!!!! Lafaz kesyukuran yang tidak terhingga dari kami seluruh rakyat Kelantan... Allahuakbar!!!



untung laaa esok kelantan cuti..nak cuti gak :(
 
 thanks 4 reading
salam ^_^

Thursday, 17 May 2012

adab menguap

Assalamualaikum u olls..

selamat hari jumaat yang penuh keberkatan ini..hari ini tulip nak wat entry pasal menguap..dah tengahari ni kan.mesti korang mengantuk lpas makan tengahari tadi..hehe.menguap pun ada adab-adabnya..jom baca apa yang tulip copy n paste nie.hehe
semoga korang semua amalkannya yer..

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”..

 

Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Maka di sini ingin ada tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .
"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya
kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap)


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan.
Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan,
anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah

Silakan untuk SHARE..

credit to:alam informasi
thanks 4 reading..
salam

Wednesday, 16 May 2012

KISAH POKOK SEMALU & WANITA

 Assalamaulaikum u olls...

hari nih tulip wat entry baruuu..baca lah yew..
tulip copy n paste jew.hehe..
citer nih berbentuk nasihat..jom layan..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ingatlah wahai WANITA, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...~~",)

::SHARE bersama rakan anda.


credit to:klik disini

thanks 4 reading
salam^_^

Tuesday, 15 May 2012

selamat hari cikgu

Assalamualaikum u  olls...


selamat hari guru 



Pada 16 Mei merupakan satu tarikh yang sangat istimewa bagi guru-guru sedunia.Pada tarikh inilah mereka disambut,diraikan dan diberi ucapan serta hadiah.Maka,berbanggalah kalian menjadi seorang guru kerana tanpa guru,takkan ada insan-insan yang berjaya pada hari ini.

Selamat menyambut Hari Guru buat rakan-rakan blogger dan juga mereka diluar sana yang menjawat jawatan pendidik anak bangsa. Jasa, pengorbanan dan budi baik kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Buat kaum ibu, kalian juga adalah guru kepada anak-anak tersayang.

Tanpa seorang bergelar CIKGU..impian seorang murid tidak akan terlaksana.Tanpa seorang GURU kejayaan murid tidak mingkin dikecapi.Tanpa seorang USTAZ/USTAZAH tidak mungkin ilmu akhirat tersemat di dalam hati..Bicara seorang GURU harus di ingat selalu...

Dikesempatan ini,tulip ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH kepada cikgu,ustaz,ustazah,sir,madam,puan,encik,prof yang mengajar tulip dari tadika sampai sekarang sehingga saya mampu berjaya menjadi seorang yang bergelar insan yang berguna.tanpa guru,siapalah saya..terima kasih

thanks 4 reading
salam ^_^