Followers

Saturday, 3 December 2011

nasi kerabu+ayam goreng berempah

Assalamualaikum u olls...

Hari ni Tulip dinner ngan nasi kerabu ngan ayam goreng berempah...perghhh..sedap giler..hehe..korang dinner mkan pe tdi?nasi kerabu ni popular kat kelantan..kpada sesiapa yg x kenal macam mana rupa nasi kerabu nih..jom tgok gambaqnya...





                                                haaa..nilah dia nasi kerabu..sedapnyer
 


                                lagi sedap kalau makan dengan budu,solok lada dan telur masin..




Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.

Ok,itu sajer entry Tulip tok hari ni...6t Tulip post lagi erk pasai makanan kat kelantan nie.hehe..sabaq na..

syukran jazeelan...salam :)

Thursday, 1 December 2011

13 aurat wanita






Islam menitikberatkan berkenaan aurat bagi umatnya menjaga tatasusila dan keharmonian diri dari segala celaan dan perkara-perkara yang tidak elok. Dibawah ini sedikit info tentang golongan marhain yang mungkin sudah tahu sangat perkara ini kerana memang kewajipan bagi seorang muslim/muslimah mengetahui perkara ini. cuma peringatan dan disamping melengkapkan perkara iaitu, berpesan-pesanlah kita untuk perkara yang mendatangkan kebaikan...










13 aurat wanita

1. Bulu kening –
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng –
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada –
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher –
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan –
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan –
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.Pakaian –
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

fadilat ayat kursi

Assalamualaikum u olls...

Salam hari jumaat...semoga hari ini lebih baik daripada semalam..insyaallah...hri ni Tulip nak post tentang fadilat ayat kursi...jom baca..







SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ‘Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, 

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT….”

lelaki macam ni Vs lelaki macam tu...

Assalamualaikum u olls....

okey, post Tulip kali ni, khas tuk perempuan..tapi kalau lelaki nak baca, tak apa..silakan..:)

                                    
                                     - lelaki kurus vs lelaki gemuk -







lelaki yang macam mana yang korang suka?? kalau Tulip, Tulip suka yang tengah2..maksudnya, lelaki tu tak kurus sangat, tak gemuk sangat..sederhana..hehe..nak tanya ni, korang suka lelaki yang macam mana?? biasanya, perempuan suka lelaki yang sederhana taw..tak semestinya lelaki tu mesti ada muscle sana sini..tapi cukup lah sekadar lelaki tu tak gemuk dan tak kurus..macam yang Tulip cakap tadi..sederhana..kan korang?! (perempuan)..yang lelaki paham tak?? tapi kan, kadang2 bergantung jugak pada individu.. 


                       

                                      - lelaki tinggi vs lelaki pendek -

  

okey, kalau perempuan pendek, kita tak hairan sangat taw..ehh, korang yang lelaki ni nak tau tak lelaki macam mana perempuan suka (kebiasaannya)?? Tulip bagi tau ehh..perempuan ni, suka lelaki yang lebih tinggi daripada dorang..majoriti perempuan memang macam tu..betul tak? :) 

                 

                             
                               - lelaki pandai vs lelaki kurang pandai - 





hurmm, biasanya, perempuan ni kalau dah suka kat lelaki tu, dia tak kisah sangat si lelaki tu pandai ke tak..ye lahh..si perempuan tu dah suka..semuanya indah di matanya..kan3?! tapi bagi Tulip, ilmu tu penting..so, lelaki..!! tolong la belajar elok2..sebenarnya, korang kaum adam ni, lebih pandai daripada kaum hawa taw..korang diberi 99 akal dan 1 nafsu..sedangkan perempuan diberi, 99 nafsu dan 1 akal..jadi, gunakan lah anugerah ni, sebaik-baiknya..okey? hehe


                                    
                                       - lelaki baik vs lelaki nakal -

hurmm, sesetengah perempuan suka lelaki yang baik..sesetengah perempuan lagi suka lelaki yang nakal..tak tau la kenapa..haha..selera individu ahh..kalau Tulip, hurmm..macam mana ehh? Tulip tak kisah kot..kalau lelaki tu nakal tapi hati dia baik, mungkin Tulip akan consider..hahaha..:P
apa2 pun, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat..




                             
                             - lelaki pendiam vs lelaki banyak cakap -




terpulang pada individu itu sendiri..tapi biasanya, kalau perempuan tu banyak cakap, mesti dia dapat lelaki yang pendiam..dan begitu la sebaliknya..(btol ke?)lebih kurang la..hehe..
 
 
 
                                       
                                      - lelaki kaya vs lelaki miskin -





kebanyakan perempuan yang materialistic sememangnya akan cari lelaki yang kaya a.k.a loaded ni..tapi, ada jugak yang rela hidup ngan lelaki yang miskin harta asalkan kaya dengan kasih sayang dan kebahagiaan..kan3?!


erm, okey, tu je lah nak cerita pasal 'lelaki macam ni vs lelaki macam tu..'
Tulip harap, tak ada yang tersinggung..kalau ada yang kecil hati, maaf ye! tak ada niat pun nak kutuk ke apa..maaf ye! :)
oke, lain kali, Tulip update lagi blog ni..okey?!
thanks for reading~
hehe, ("._.)
 
syukran jazeelan...salam :)






Wednesday, 30 November 2011

kelebihan orang malas



Kelebihan Orang Malas 

1. Mempunyai fikiran yg tenang kerana x serabut dengan pelajaran. 
Assignment pun tak payah nak buat.
Masa test dengan final exam pun tak payah nak penat-penat study. 
Kerjanya rilek je...


2. Orang yang malas ni sebenarnye membuka peluang kepada 
orang yang rajin untuk membuat kebaikan. 
Kalau takda orang malas, orang rajin nak bantu siapa? 
Tanpa orang malas, siapalah orang rajin




Salah satu pembelajaran yg berkesan ialah kite belajar dari kesilapan kita. 
Macam mana nak belajar dari kesilapan? 
Kite kena lah buat kesilapan terlebih dahulu dengan mengurangkan study kita, pergi final exam dengan penuh kekurangan. 
Dengan ini, kite bannyyaakkk sgt dpt belajar dari kesilapan. 
Final exam dah dekat, sama2 lah kita mencubanya!!!

Credit to Helmi Firdaus 
 
 
 HaHaHa...
Sekadar muhasabah diri sempena final exam dah nak dekat ni....
Peace!! ^_^
 
syukran jazeelan...salam :)

apa jenis kentut anda??



PILIH JENIS KENTUT ANDA


1. Tidak jujur - orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2.
Bengong - orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3.
Berwawasan 2020 - orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut. 

4. Sengsara - orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Misterius - orang yang kalau kentut, orang lain tahu.

6. Gugup - orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.

7. Percaya diri sendiri - orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Sadis - orang yang kentut dalam selimut dan terus dikibaskan baunya.

9. Pemalu - orang yang kentut tidak berbunyi tetapi gusar orang lain terbau kentutnya.

10. Startegik - orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Bodoh - orang yang kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium angin kentutnya.

12. Pelik - orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13. Sombong - orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Ramah - orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.  

15. Tidak suka bergaul - orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman².

16. Akuatik - orang yang gemar kentut didalam air.

17. Atletik - orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18. Jujur - orang yang mengaku kalau abis kentut.

19. Pintar - orang yang menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.

20. Kelakar - orang yang bila ketawa sambil terkentut.

21. Romantik - orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Tidak sihat - orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Panas baran - orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.  




 

jika mereka sibuk mencari C.I.N.T.A



 
 
Jika mereka sibuk mencari KECINTAAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEIMANAN . .

Jika mereka sibuk mencari PASANGAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN . .

Jika mereka menangis kerana kecewa  BERCINTA . .
Biar kita menangis kerana mengingati dosa-dosa . .

 Jika mereka cintakan kemanusiaan . .
biar kita cintakan TUHAN . .