Followers

Thursday, 17 May 2012

adab menguap

Assalamualaikum u olls..

selamat hari jumaat yang penuh keberkatan ini..hari ini tulip nak wat entry pasal menguap..dah tengahari ni kan.mesti korang mengantuk lpas makan tengahari tadi..hehe.menguap pun ada adab-adabnya..jom baca apa yang tulip copy n paste nie.hehe
semoga korang semua amalkannya yer..

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”..

 

Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Maka di sini ingin ada tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .
"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya
kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap)


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan.
Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan,
anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah

Silakan untuk SHARE..

credit to:alam informasi
thanks 4 reading..
salam

Wednesday, 16 May 2012

KISAH POKOK SEMALU & WANITA

 Assalamaulaikum u olls...

hari nih tulip wat entry baruuu..baca lah yew..
tulip copy n paste jew.hehe..
citer nih berbentuk nasihat..jom layan..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ingatlah wahai WANITA, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...~~",)

::SHARE bersama rakan anda.


credit to:klik disini

thanks 4 reading
salam^_^

Tuesday, 15 May 2012

selamat hari cikgu

Assalamualaikum u  olls...


selamat hari guru 



Pada 16 Mei merupakan satu tarikh yang sangat istimewa bagi guru-guru sedunia.Pada tarikh inilah mereka disambut,diraikan dan diberi ucapan serta hadiah.Maka,berbanggalah kalian menjadi seorang guru kerana tanpa guru,takkan ada insan-insan yang berjaya pada hari ini.

Selamat menyambut Hari Guru buat rakan-rakan blogger dan juga mereka diluar sana yang menjawat jawatan pendidik anak bangsa. Jasa, pengorbanan dan budi baik kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Buat kaum ibu, kalian juga adalah guru kepada anak-anak tersayang.

Tanpa seorang bergelar CIKGU..impian seorang murid tidak akan terlaksana.Tanpa seorang GURU kejayaan murid tidak mingkin dikecapi.Tanpa seorang USTAZ/USTAZAH tidak mungkin ilmu akhirat tersemat di dalam hati..Bicara seorang GURU harus di ingat selalu...

Dikesempatan ini,tulip ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH kepada cikgu,ustaz,ustazah,sir,madam,puan,encik,prof yang mengajar tulip dari tadika sampai sekarang sehingga saya mampu berjaya menjadi seorang yang bergelar insan yang berguna.tanpa guru,siapalah saya..terima kasih

thanks 4 reading
salam ^_^

Saturday, 12 May 2012

nasi goreng ayam

Assalamualaikum u olls...

selamat pagi semua..eh dah pgi erk.yew la jam dah menunjukkan pkul 12.40..pgi dh kan.cepatnya la hai masa berlalu...em hari ni dinner,tulip makan nasi goreng ayam ngan teh o ais.ok la kan.harga pown ok.nasi goreng ayam rm3.50 n teh o ais rm1.00.total semua rm4.50 utk dinner malam nie..huhu


nasi goreng ayam.yummy

xde nak wat entry yg menarik.wat sal makanan nie.hehe

thanks 4 reading..
salam ^_^

Wednesday, 9 May 2012

petua tidur Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum u olls..

selamat malam semua..dah nak tido kew??sebelum tidoq,korang amalkan amalan2 ini yew..

PETUA TIDUR NABI SAW




SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 

INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

thanks 4 reading

salam ^_^

Tuesday, 8 May 2012

3 Wajah ...Pandang Sahaja Dapat Pahala

Assalamualaikum u olls..

selamat pagi semua.jam sudah menunjukkan 12.19 pagi..mata still lagi segar n tidak menunjukkan tanda2 hendak sleep..hehe..tetiba ja rindu kat family...
boring x taw nak wat pe..
baru jew lepas wat assignment..tetibe tangan ni gatai nak update blog..
terase nak wat entry nie..3 wajah..pandang sahaja mendapat pahala..


pertama:
wajah ibu 

 ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita.Dari rahimnya kita dilahirkan.Dari air susunya kita dibesarkan.Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih kecil.Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya.Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu..lantaran itu,ALLAH memasukkan satu surah didalam Al-Quran yang dinamakan Surah An-Nisa (surah perempuan).Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala..(nanti balik rumah tengok wajah ibu tau..) 


kedua:Al-Quran:


 Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya.Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita.Hati yang gelap,pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya.Ada rumah yang saya kunjungi didalam almari,atas meja dipenuhi Majalah Mangga,URTV,majalah fesyen dan sebagai sedangkan al-Quran saya tak nampak langsung.Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat,nescaya hidup kita akan diberkati. 


ketiga:memandang kaabah

 Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah),Insyaallah akan mendapat pahala.
Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman Nabi Ibrahim lagi..

p/s:belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong..mari kita bersama berdakwah

thanks 4 reading my blog..

salam ^_^



keadaan dalam syurga

Assalamualaikum u olls...

 
KEADAAN DALAM SYURGA......





- Syurga diperbuat dari Air.
- Bangunan syurga dari Emas dan Perak.
- Lantainya dari kasturi yang semerbak harum.
- Didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran.
-Ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua.
-Seorang ahli syurga diberi kekuatan 100orang dalam makan, minum dan sex (bersetubuh)
-Manusia Di syurga tidak buang air kecil atau besar,Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi.
-Siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar
- Didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia.
-Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu,
-hidangan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan
-Ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun
-Mereka tidak berludah dan tidak beringus
-Seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi
- Bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

-Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga.

credit to:islam and muslims

thanks 4 reading my blog
salam ^_^