Followers

Friday 9 March 2012

tahniah

Assalamualaikum u olls...

Pada hari rabu lepas (7 mac 2012) keluarnya keputusan  bagi peperiksaan STPM 2011.
Sekalung tahniah tulip ucapkan untuk pelajar stpm 2011 diatas keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tahniah untuk semua pentadbir, ibubapa,  guru-guru dan staf sokongan diatas komitmen, kerjasama dan sokongon yang diberikan untuk memastikan para pelajar mencapai kejayaaan seperti yang diharapkan.






 Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.
Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.
Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini.

Kejayaan anda membuktikan bahawa usaha anda, guru-guru dan sokongan semua pihak menjadi kunci kejayaan.Kepada yang tidak berjaya,teruskan usaha anda.Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya.yer dak?jangan putus asa.sesungguhnya ALLAH sangat membenci orang yang berputus asa.wallah hu a'alam.

                                 
salam.thankz 4 reading...^_^

 

No comments:

Post a Comment