Followers

Saturday, 31 March 2012

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

Assalamualaikum u olls....


klik disini


salam korang.tadi time tulip blogwalking terjumpa la blog yg comel nie.dia ader wat GA..tulip suka sangat GA nie...tulip pun da join..korang join la....love it...Giveaway ini berlangsung pada 6/3/12 - 5/4/12 jam 11.59pm
untuk keterangan lanjut korang  klik disini
semoga berjaya...
thanks 4 reading..
salam ^_^
                 
 

Tuesday, 27 March 2012

pulut ayam

Assalamualaikum u olls...

selamat tengah malam semua..eh da pagi daaa..tu la asyik duk sembang2..xsedar da pagi..jam dah menunjukkan pukul 3 pagi..tapi mata tulip still x mengantuk lagi..aish..dah la pagi esok da kelas..hehe..kenyang sangat samapai x leh nak tidoq..

Alhamdulillah rezeki malam ni..mkan pulut ayam..cik kakak a.k.a. roomate yang belanja..dia p danok,thailand petang tadi dengan kengkawan dia.thanks kakak..minggu lepas lagi duk mengidam benda nih.hehehe..malam ni dapat ler makan..yummy.tengah2 malam still lagi mo makan.mcm mne x gemokk..haha..

pulut ayam 
 
mesti korang terliur kan bila tengok gambar kat atas tu..hehe
memang sedap walaupun first time tulip makan.tapi disekitar perlis ada juga gerai yang menjual makanan ini.pertama kali menikmati pulut ayam,memang sedap giler....
pulut ayam ni terdiri drpd pulut,ayam goreng,bawang goreng dan juga sos cili dicampur dengan cuka.. korang mesti kena cuba..sedap sesangat.
makanan ni asalnya dari siam.. kat siam kan banyak beras pulut..sebab tu la rakyat siam putih-putih melepak..so,kalau korang nak putih macam diaowg,korang kena la makan pulut banyak-banyak yer..hehehe

ok la,tulip pun dah kenyang..
so,aper lagi..tido laa...zzzzzz...hehe
lepas makan tido lah yer..bahagianya idup...hehe
thanks 4 reading..
salam ^_^

Monday, 26 March 2012

cheese cake vs tiramisu

Assalamualaikum u olls..

selamat pagi..hai korang.jam skang menunjukkan pkul 3.51 pagi.tapi mata tulip still lagi x boleh nak tidoq.bnyk assgnment nk kena wat.last minute bwu nak wat kan...adoyai..still lgi x berubah..hehe..taw2 jew la lau tido lewat nie kan..perut pun mula la berbunyi minta diisi..huhu..tiba2 jew tulip teringat cheese cake n tiramisu kat kedai kek semalam..sedapnya...

Antara cheese cake n tiramisu yg mana korang suker??
lau tulip,tulip suka cheese cake..sedap sangat2.sampai ketagih.hehe..aish..


haa..nilah kek tiramisu..

antara bahan yg terdapat lam kek ni kopi,cheese..
rasa dia manis n masam2 cheese..



haa.ni plak cheese cake.my peberet..yummy.
rasanya manis2 susu gitu..

dah.stop.merapu sal makanan plak diawal pagi nie..aishh.hehehe..
ok lah..tulip nak tido dah.sambung esok wat assignment..
gud nite semua..

thanks 4 reading..
salam ^_^

Sunday, 25 March 2012

Dunkin Donut vs Big Apples

Assalamualaikum u olls...




Pernah x korang semua dengar..

DUNKIN DONUT ??

Mesti korang semua pernah dengar kan? rasa dia sekali kan?

BIG APPLES ??

Jangan salah sangka yer... ini bukan kedai buah-buahan yg menjual epal besar..hehe
Tapi ia juga sebuah kedai yang juga seperti Dunkin Donut, tp ada sedikit kelainan.

So,
Kedua-dua nama di atas adalah dua kampeni besar yg femes jual donut.
(Big apples x konpem lg besar ke x kampeni dia) sebab baru lg kot..
Kat sini tulip nak compare kedua kampeni nih.
 
Yang Mane lagi Best?!?
Berdasarkan pengalaman tulip menikmati donut dari kedua company.
   
Tulip boleh conclude kan ;

  1.  Donut keluaran BIG APPLES lebih lembut daripada DUNKIN DONUT.
  2. Hiasan Topped BIG APPLES lagi menarik & pelbagai.
  3. Rasa Donut BIG APPLES lagi sedap~
  4. BIG APPLES xde TAX So, lagi murah lau nak dibandingkan dengan DUNKIN DONUT
  5. Dan Yang paling penting.. BIG APPLES merupakan produk buatan Malaysia! Dijamin Halal~
BIG APPLES VS DUNKIN DONUT
SoTerbukti la..Big Apples lg best dari Dunkin Donut...

Petikan dari UtusanOnline
“Katanya, disebabkan produk keluaran syarikat itu berasaskan bahan yang halal dari segi syariah Islam dan diiktiraf Islamic Food and Nutrition Council of America (Infanca) dan dari badan yang diiktiraf oleh Jakim, ia menarik keyakinan pelabur dari luar negara terutama negara Timur Tengah untuk membuka cawangan di negara berkenaan.
”Kami bangga kerana dapat menjual nama Malaysia menerusi Big Apple Donuts & Coffee di negara luar,” katanya. “
 
P/s:so,ape lgi korang..jom la blnja tulip mkan kat Big Apple Donut..yummy..huh..tiba2 perut rasa lapar lak bila tgok donut kat atas tu...hehe
 
thanks 4 reading
salam ^_^
 


Thursday, 22 March 2012

siapa kata jadi guru tu senang?

Assalamualaikum u olls...

salam malam khamis..korang sihat?tulip harap korang semua sihat hendaknya.lau x sihat,cepat2 p klinik na..

malam ni tulip nak wat entry tentang cikgu.siapa kata jadi cikgu tu senang?payah taw.
nak jadi cikgu merupakan cita2 tulip sejak dibangku sekolah lagi.
nmpk best jer bila jdi cikgu nie.nak jadi cikgu ni kena bnyk sabar taw.kna sabar ngan karenah pelajar2nya.tol x?


♥ SIAPA KATA JADI GURU KERJA MUDAH? =.=



"Guru". Walaupun 4 huruf, lebih pendek daripada bilangan huruf pekerjaan lain seperti doktor, artis, jurutera, dan sebagainya, namun, guru tetap profesion paling MULIA di muka bumi Tuhan ini. ^_^


~> Seorang JURUTERA tidak dapat melahirkan seorang GURU..
... ~> Seorang DOKTOR tidak dapat melahirkan seorang GURU..
~> Seorang ARTIS tidak dapat lahirkan seorang GURU..
~> Namun, seorang GURU dapat melahirkan jurutera, doktor dan artis..♥ ^,^



*InsyaAllah, tulip akan meneruskan PERJUANGAN utk menjadi seorang GURU suatu hari nanti ^.^

thanks 4 reading..
salam ^_^

Sunday, 18 March 2012

kebaikan sujud dalam solat

Assalamualaikum u olls...

selamat tengahari semua..hari ni tulip nak wat entry tentang kebaikan sujud dalam solat.jom baca

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

 






  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
So,lepas ni jom lah kite sujud lama-lama dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam. :)) 
                                        
                                                   thanks 4 reading...
                                                         salam  ^_^

Friday, 16 March 2012

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput

Assalamaualaikum u olls...

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaanTIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari kiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila kiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.





Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari kiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "

Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." *

"Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "
Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .

kredit to:klik disini

wallahua'lam
thanks 4 reading... 
salam  ^_^