Followers

Monday, 7 May 2012

kucing scottish fold yang comel

Assalamualaikum u olls...

selamat tengahari semua..boringnya hari ni.x taw nak wat pa..
tadi duk google search cari kucing comel...memang comel la kucing scottisg fold nie...
kucing merupakan makhluk ALLAH yang paling comel sekali.
kucing telah hidup sejak zaman Firaun dulu lagi iaitu kira-kira 5000 tahun dahulu.Antara yang baka kucing paling comelllll ialah Scottish Fold iaitu sejenis baka kucing yang dikenali kerana telinganya yang terlipat kedepan akibat mutasi genetik,menyebabkan mereka kelihatan seperti burung hantu.
Kucing Scottish Fold juga ialah kucing-kucing yang sangat manja.Oleh itu,tulip mendapat idea untuk meletak gambar kucing Scottish Fold yang paling comel ini sebagai hadiah kepada penggemar2 meow yang membaca blog tulip ini..hehe..jom kita tengok gambar kucing Scottish Fold ini..geramnya..rase nak gigit laa...






comel kannnn...

p/s:Seorang sahabat Nabi SAW telah digelar Abu Hurairah kerana sangat suka bermain dengan kucing..

thanks 4 reading my blog..

salam ^_^
 
  

Sunday, 6 May 2012

Bukti KUKUH kelantan negeri paling kaya di MALAYSIA

Assalamulaikum u olls...

NEGERI KELANTAN DARUL NAIM



bendera negeri kelantan

pasar siti khadijah
 
Entri Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia ini merupakan kumpulan cerita benar yang disampaikan melalui rakan-rakan blogger yang pernah menjejakkan kaki ke negeri di bahagian pantai timur negara tersebut.

Dan kisah pengalaman mereka ditulis tanpa sebarang kepentingan politik sebaliknya atas dasar berkongsi informasi yang tepat dan benar dengan orang ramai yang kini banyak dikaburi dengan penipuan media massa terutamanya televisyen dan semua Bukti Kukuh KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia dipadamkan 100%.

KELANTAN Negeri Paling Kaya di Malaysia

KISAH PERTAMA : Blog Hasrul Hassan

Fakta Kelantan Paling Kaya..:-)

1.-Rumah di Kelantan banyak besar-besar, dan merupakan rumah tanah lot, bukannya rumah taman yang kena beli. Dan ianya milik Melayu Kelantan.

2.-Emas di Kelantan antara emas paling baik di Malaysia. Dan Kelantan antara negeri pertama perkenalkan Dinar Emas sebagai matawang ... dan pelaburan.

3.-Ramai penduduk Kelantan terutama wanitanya pakai emas sampai berat leher, gelang sampai ke lengan.

4.-Emas dijual secara jaja menjaja je ..jual tepi jalan je .....maknanya ramai mampu nak jual beli emas kat Kelantan.

5.-Kaum bumiputera Kelantan antara ramai paling berjaya dalam perniagaan. Banyak bisnes sendiri yang berjaya di Kelantan.

6.-Lembu-lembu dijual di tepi jalan je ... fresh ... daging fresh selalunya mahal,tak macam tempat lain lebih suka daging sejuk beku dari India, Australia.

7.-Kedai perniagaan di Kelantan, majoriti adalah Melayu. Besar-besar lak tu.
Masih lagi banyak kuih-muih dan makanan yang dijual murah - tunjukkan bahawa peniaga di sana tak kesempitan hidup untuk sewenangnya naikkan harga barang.

KISAH KE-DUA : Blog Wacanaku

Ok.... ramai duk kate Kelantan nie negeri yang paling miskin.... Negeri yang paling mundur... negeri yang tak membangun sejak bertahun-tahun... Pastu ada pulak digembar-gemburkan mengatakan dengan fakta-fakta yang Kelantan nie sememangnya negeri yang paling miskin di Malaysia nie!

Tapi betul ker? Aku tak tau sangat pasal nie...Macam mana pengukuran kemiskinan sesebuah negeri tu diukur... Dari segi projek pembangunan infrastruktur ke? Dari segi pembangunan rumah flat ke? Atau dari segi kemewahan rakyat tu sendiri? Orang yang terlibat je tau ye dak? Tapi aku nie orang Kelantan... Aku selalu balik ke Kelantan...Dan aku tengok dengan mata aku sendiri KEADAAN SEBENAR orang-orang Kelantan.... Nak tau keadaan sebenar penduduk Kelantan? Ni la FAKTA....bukan AUTA!

Kat Kelantan sememangnya masih banyak perkampungan.... Kalau nak banding dengan negeri-negeri lain... Aku rasa Kelantan masih banyak kawasan kampung-kampung... Nampak mundur la di mata orang yang tak tau kan.... Tapi cuba tanya depa sendiri.... Berapa ekar tanah hak milik depa? Rumah yang depa duduk tu... rumah sewa ke rumah sendiri?? Walaupun nampak buruk di luar... cuba masuk dalam tengok.... Siap ada Home Theatre lagi...Lengkap astro dan kipas pakai remote lagi.... Sumernyer bayar cash! Cuba selidik kawasan korang... Umah cantik tersergam indah... tanah cukup-cukup untuk ruangan rumah jer...Umah sewa kaa sendiri??? Tanah berapa butir je hak milik sendiri? Barangan dalaman rumah dah habis bayar belum? Adakah kebanyakannya hasil dari bayaran bulanan? Courts mammoth? he he he...

Ok.... tu pasal rumah.... Skarang tengok dekat wanita-wanita pulak.... Kalau pegi pasar ker....pegi Kota Bharu dekat Pasar Siti Khadijah tu.... Makcik-makcik yang jual sayur tu.... Siap pakai gelang emas tu... Emas pulak bukannya nipis-nipis...tebal dan berat... Agak-agak berapa harga gelang tu? Korang boleh beli tak? Cincin lagi.... tiga empat jari penuh dengan cincin.... Jual sayur jer... bukannya jual insuran ke haper...

Pastu cuba korang pusing-pusing Kelantan sendiri.... Bila nampak rumah banglo... Cuba pegi jap menyamar jadi pembanci rumah.... Cuba tengok sape yang duduk...Melayu ke Cina ke India..... Aku berani cakap... 90% rumah-rumah yang korang serbu tu.... kepunyaan melayu...orang tempatan.... Cuba korang buat dekat negeri korang....:) Agak-agak berapa peratus jer hak milik melayu....10%? 15%?

Bagi yang berpendapatan lebih kurang RM2000..... Cuba hidup kat Kelantan tengok.... Buat eksperimen selama tiga bulan ker... Cuba tengok boleh survive ke tak..... Aku jamin... Korang MEWAH dengan pendapatan RM2000 tu kalau di Kelantan..... Cuba korang compare dengan keadaan korang yang hidup di kotaraya nie.... RM2000 tu cukup tak? Ke kena ikat perut? Makan megi hari-hari? he he he...

Jadi dengan sedikit fakta-fakta depan mata nie..... Korang boleh pikir sendiri la kan..... Kalau la betul Kelantan nie negeri paling miskin... Tapi apa kepentingan kekayaan sesebuah negeri tu untuk RAKYATNYA?? Aku tengok rakyat Kelantan cukup mewah dengan kehidupannya... Kaya dengan tanah (harga tanah makin naik..tak penah turun..maknanya depa makin kaya!!!) Kaya dengan barangan kemas (emas pun tak penah turun harganya..Maknanya makin kaya!!!)... Masyarakat yang hidupnya cukup lengkap dengan kemudahan asas hak milik sendiri (rumah, kebun, barangan asas, dll) Bukan ker tu yang sepatutnya rakyat sesebuah negeri tu dapat?

Aku tak tau pasal negeri mana paling miskin negeri mana yang paling kaya.... Tapi yang aku tau... Orang Kelantan ramai yang dah cukup mewah... Yang miskin pun tetap lebih kaya berbanding dengan kebanyakan masyarakat kita... Depa miskin duit... Tapi kaya... sebab rumah dan tanah depa ada.... Hutang pun takde.... Kita? Duit banyak...Tapi tanah tempat tinggal takde...rumah sewa jer... Segala-galanya bayar loan (HUTANG)... Perlu ke berdabik dada?

Biarla orang nak kata kelantan negeri termiskin... Tapi rakyatnya kaya... Buat apa negeri kaya tapi penduduk setempat sebidang tanah pun takde... Macam dianak tirikan jer... Segala-galanya perlu disewa....segala-galanya perlu berhutang.... nak jadi hak milik...kena bayar berlipat kali ganda mahalnya.... Hanya golongan kaya je mampu.... Golongan kebanyakan ? Yang dapat kecapi kemewahan negeri kebanyakannya orang-orang tertentu jer... Rakyat biasa macam aku nie? So...apa kepentingan skala kaya dan miskin sesebuah negeri? Apa yang lebih penting?? :) Korang fikirlah sendiri k.."

credit to:klik disini

Saturday, 5 May 2012

Fedtri Yahya Gembira Dapat Anak Perempuan

Assalamualaikum u olls...

Pengacara lelaki rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya, 30, 
gembira dan bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, 26,
 selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram pada 30 April lalu.
Bayi sulungnya itu yang diberi nama Indah Sutera Jannah dilahirkan tepat jam 10.50 malam 
di Hospital Pusrawi Kota Damansara secara normal.


alaaa comelnya baby fedtri nie..mcm mummy dia


thanks 4 reading
 salam ^_^




Friday, 4 May 2012

De Fabulous Night

Assalamualaikum u olls....

Pada hari Rabu lepas bersamaan 2 mei 2012 asrama tulip ada mengadakan dinner.bertemakan glamour..baju tulip xdak la glamour sgat.hehe
ala2 perempuan melayu terakhir gituuu..cewahhh..melalut sudaaa
ni dia gambar2 time dinner tu...
xcomel okay


budak x comel.haha

with penyanyi DPP SIME DARBY...(Mohd Faiz) 



with King of DPP SIME DARBY and Mas
with Queen of Sime darby..eh dia pakai wane merah gak
with pengarah projek De Fabulous Night...siti sholeyha

with my rumate (kak wani)
with yana (adik junior)

eeeee comel x tulip malam dinner tu..(perasan wei)haha..

ok la.thanks 4 reading
salam ^_^

selamat pengantin baru-schAwal

Assalamualaikum u olls...

selamat malam jumaat sumer...tulip nak mengucapkan selamat pengantin baru kepada scha al-yahya dan awal ashari yang berkahwin pada hari nie...huuuuu..jealousnya.diaorang pown dah selamat dikahwinkan..tulip ni bila lagi?hehe..kawan2 pun sumer dah kawin..ader yg dapat 3 org anak dah..xpewla...bulan 6 ni tamatlah tulip belajar di UUM.insyaallah..lepas tu tulip akan memasuki alam pekerjaan dan seterusnya...kawinnnn..yeeeehaa..huhu
korang nak tengok gambar perkahwinan diaorang..ni diaaa...comelnya scha..






Kedua pasangan ini baru sahaja bernikah di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside 
malam ini dan majlis pernikahan mereka disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria pada malam ini. 
Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat diijabkabulkan. Semoga berbahagia ke anak cucu.

thanks 4 reading
salam ^_^

Thursday, 3 May 2012

al-fatihah....bob kuman meninggal dunia

Assalamualaikum u ollss...

Selamat petang khamis semua...tadi time tulip jalan2 kat facebook,
terbaca kat wall kawan tulip yg mengatakan bob kuman telah meninggal dunia jam 4.38 petang tadi..al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh...
amin ya rabbal alamin.




                      p/s:marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah untuk arwah.

                                                thanks 4 reading
                                                  salam ^_^

Tuesday, 1 May 2012

untuk dia-najwa latif n sleeq

Assalamualikum u olls..
layan lagu nie waktu ptg2 cenggini..sonok ngat..

lgu ni menghiburkan hati..najwa pown comel n cute jew.hehe
suara dia macam kanak2 ribena gitu...


 yang ni separuh jew lirik lagu untuk dia.
nak dengar lagu penuh,cer bukak video kat bawah nie..


untuk dia-Najwa latif n Sleeq




comel

ok,enjoy this song..
papai

salam ^_^