Followers

Thursday, 22 March 2012

siapa kata jadi guru tu senang?

Assalamualaikum u olls...

salam malam khamis..korang sihat?tulip harap korang semua sihat hendaknya.lau x sihat,cepat2 p klinik na..

malam ni tulip nak wat entry tentang cikgu.siapa kata jadi cikgu tu senang?payah taw.
nak jadi cikgu merupakan cita2 tulip sejak dibangku sekolah lagi.
nmpk best jer bila jdi cikgu nie.nak jadi cikgu ni kena bnyk sabar taw.kna sabar ngan karenah pelajar2nya.tol x?


♥ SIAPA KATA JADI GURU KERJA MUDAH? =.=



"Guru". Walaupun 4 huruf, lebih pendek daripada bilangan huruf pekerjaan lain seperti doktor, artis, jurutera, dan sebagainya, namun, guru tetap profesion paling MULIA di muka bumi Tuhan ini. ^_^


~> Seorang JURUTERA tidak dapat melahirkan seorang GURU..
... ~> Seorang DOKTOR tidak dapat melahirkan seorang GURU..
~> Seorang ARTIS tidak dapat lahirkan seorang GURU..
~> Namun, seorang GURU dapat melahirkan jurutera, doktor dan artis..♥ ^,^



*InsyaAllah, tulip akan meneruskan PERJUANGAN utk menjadi seorang GURU suatu hari nanti ^.^

thanks 4 reading..
salam ^_^

Sunday, 18 March 2012

kebaikan sujud dalam solat

Assalamualaikum u olls...

selamat tengahari semua..hari ni tulip nak wat entry tentang kebaikan sujud dalam solat.jom baca

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

 






  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
So,lepas ni jom lah kite sujud lama-lama dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam. :)) 
                                        
                                                   thanks 4 reading...
                                                         salam  ^_^

Friday, 16 March 2012

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk dan Tidak Reput

Assalamaualaikum u olls...

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaanTIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari kiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila kiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.





Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari kiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "

Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." *

"Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "
Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .

kredit to:klik disini

wallahua'lam
thanks 4 reading... 
salam  ^_^

Sunday, 11 March 2012

pelakon KCB datang kelantan

Assalamulaikum u olls...

selamat petang semua.

Pasti ada yang tidak mengenali nama Oki Setiana Dewi kan? Tetapi jika disebut nama filem ini, pasti ramai yang tahu. Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Sebuah filem adaptasi novel bercorak islamik yang sangat popular dikalangan penggemar filem Islamik di Indonesia dan Malaysia pada tahun lepas. Sebenarnya Oki Setiana Dewi merupakan heroin filem Ketika Cinta Bertasbih iaitu Anna Althafunnisa.Tulip sangat2 suka cerita ni.besttt sangat.hehe.cerita indon yg paling best yg pernah tulip tonton.tulip bagi 5 bintang kat citer nie.hehe


haa nilah dia oki setiana dewi.comel kan dia..

 
 Mengenai lawatannya ke Malaysia iaitu ke Negeri Kelantan bermula hari Jumaat lepas iaitu 9 Mac sehingga 10 Mac bersempena program Hari Hiburan Islam (HAI), Oki Setiana Dewi dijemput untuk mengisi slot Program Bicara Selebriti (Manisnya Hidayah-Mu) disamping mempromosikan buku hasil tulisan beliau iaitu ‘Melukis Pelangi’ dan ‘Sejuta Pelangi’.Alaaa ruginya x leh jmpa ngan oki coz tulip duk jauh.tulip ore kelate.lau tulip da kat kmpung konpem tulip p kota bharu tuk tgok oki.hehe..ok..papai

thanks 4 reading..
salam  ^_^

Friday, 9 March 2012

rahsia wajah berseri

 RAHSIA WAJAH BERSERI 

Ramai yang bertanyakan rahsia wajah berseri… Sebenarnya Tipsnya Senang Sahaja ….Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal – Mahal Pun… Berikut ialah bagaimana wajah juga boleh kelihatan berseri-seri ..



~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .

~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya’ di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .

Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya…?

salam.tq 4 reading...^_^

tahniah

Assalamualaikum u olls...

Pada hari rabu lepas (7 mac 2012) keluarnya keputusan  bagi peperiksaan STPM 2011.
Sekalung tahniah tulip ucapkan untuk pelajar stpm 2011 diatas keputusan peperiksaan yang cemerlang. Tahniah untuk semua pentadbir, ibubapa,  guru-guru dan staf sokongan diatas komitmen, kerjasama dan sokongon yang diberikan untuk memastikan para pelajar mencapai kejayaaan seperti yang diharapkan.






 Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.
Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.
Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini.

Kejayaan anda membuktikan bahawa usaha anda, guru-guru dan sokongan semua pihak menjadi kunci kejayaan.Kepada yang tidak berjaya,teruskan usaha anda.Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selama-lamanya.yer dak?jangan putus asa.sesungguhnya ALLAH sangat membenci orang yang berputus asa.wallah hu a'alam.

                                 
salam.thankz 4 reading...^_^

 

Wednesday, 7 March 2012

aku,maggi dan laptop

Assalamualaikum u olls...

apa habaq sume..tulip ngah boring skang ni.dah la duk sorang2 kat bilik nie.xdak roomate.xleh nak borak2.x taw nak wat mende mlm nie.huhu..tiba-tiba perut rasa lapar plak.adoyai..

tengok kt rak makanan,naseb baik ader maggi..maggi lagi.nak wat mcm mana.
orang kata makan maggi ni jadikan kita mudah lupa, rambut gugur dan banyak lagi. tapi sebenarnya makanan segera memang tak elok amalkan. tapi apakan daya, bila tulip hanya ada stok makanan ni pulak tu lapar tengah malam buta, balun jela apa yang ada kan? haha..bila nak jimat pun, makan makanan ni.aper lagi.maggi la..makanan asasi bagi budak U.hehe


pnjam ngn p.cik google sat..hehe


hah.... mmg kene la, Mee Maggi Cepat Di Masak Sedap Di Makan.....perghhhh MAGGI ASAM LAKSA sllluuurrrpppppppppp~ sambil makan,  berblog, berpesbuk, bergoogle n beryoutube... ok.papai

salam.thanx 4 reading my blog..^_^